Presiden UEFA ‘Sokong’ Super League: ‘Selamat Bersaing Kepada 2 Pasukan Untuk Sepanjang Musim’

Presiden UEFA, Aleksander Ceferin menegaskan bahawa UEFA tidak akan menghalang penubuhan Liga Super Eropah. Perkara itu sebagai respon kepada keputusan mahkamah Eropah yang mendapati bahawa UEFA dan FIFA bersalah menghalang penubuhan ESL pada 2021.

Mahkamah tidak melihat sebarang kesalahan ada pertandingan bola sepak lain yang diadakan di eropah. Dengan ESL dianggap tidak berhak dihalang kerana itu boleh dikira mencabuli hak persaingan.

TERKINI: UEFA Dan FIFA Terciduk, Mahkamah Benarkan Penganjuran European Super League

Florentino Perez meraikan kejayaan ESL di mahkamah. Dan menyatakan bahawa mereka sedia untuk membina liga yang melibatkan sekitar 60 pasukan. sehingga 80 pasukan.

Dengan setiap kelab dijanjikan aksi sekurang kurangnya 14 aksi eropah dalam semusim di home dan away. Kemudian mereka menjanjikan bahawa keuntungan daripada ESL ini akan dibahagikan lebih adil berbanding dengan apa yang dibuat UEFA kepada pasukan pasukan yang bermain di dalam pertandingan eropah.

UEFA kemudian bertindak balas dengan menegaskan bahawa mereka masih tidak melihat keperluan adanya Liga Super Eropah ini yang akan melemahkan piramid bola sepak di peringkat domestik. Kerana fokusnya adalah aksi antarabangsa dengan penglibatan pasukan besar yang mampu menarik tontonan audien global.

UEFA Beri Respon Kepada Keputusan Mahkamah

Presiden UEFA, Aleksander Ceferin tidak melepaskan peluang untuk menganjing ESL. Menurutnya UEFA akan memberikan sokongan kepada ESL sebagai liga pesaing mereka. Memandangkan mahkamah mendapati UEFA ada  melakukan ekspolitasi dan monopoli dalam banyak aspek dari segi penganjuran pertandingan bola sepak.

Ceferin kemudian menyatakan bahawa setakat ini hanya 2 pasukan yang benar benar komited kepada ESL iaitu Real Madrid dan Barcelona.

Ceferin memberitahu wartawan: “Kami tak akan halang mereka. Mereka boleh cipta pertandingan semahu mereka. Dan kami berharap mereka akan mencipta pertandingan yang hebat secepat mungkin melibatkan 2 kelab.”

“Saya harap mereka sedar dengan tindakan mereka. Tetapi saya tak pasti.”

Beberapa kelab besar terus mengeluarkan kenyataan membantah ESL. Ini termasuk Man United, Bayern, PSG, Napoli dan banyak lagi.

Ceferin benar benar yakin kelab kelab lain sudah nekad tidak mahu menyertai ESL selepas melihat penentangan daripada penyokong musim sebelum ini ketika pengumuman ESL.

Seorang netizen berkata: “20 el clasico dalam semusim let’s goooooo.”