Putus Stok Bare, Pakaian Bundle Bernilai RM1.2 Juta Dirampas

Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 280 guni pakaian terpakai (bundle) dalam serbuan di Kampung Simpangan, Tumpat pada Ahad lalu.

Pegawai Pemerintah PGA 8, Superintendan Muhammad Shamsuddin, berkata dalam operasi Op Benteng COVID-19, pihaknya terserempak dengan sebuah lori yang mencurigakan.

Lori tersebut dinaiki dua lelaki, kira kira pukul 5.45 petang.

Dipetik daripada BH Online, Superintendan Muhammad Shamsuddin berkata: “Kenderaan itu menuju ke sebuah stor di Kampung Simpangan dan anggota kami membuat pemeriksaan terhadap kenderaan itu sebelum menemui 77 bungkusan guni putih mengandungi pakaian terpakai.”

“Pemeriksaan lanjut dalam stor itu menemui 203 lagi guni yang sama menjadikan kesemuanya 208 guni bundle dengan anggaran nilai RM840,000.”

Beliau kemudian mengesahkan bahawa kesemua pakaian tersebut adalah dari negara kita dan cuba diseludup masuk ke pasaran Thailand.

Oleh itu, dua suspek yang berusia 29 dan 35 tahun telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Ujian saringan air kencing mendapati salah seorang pemandu postif dadah jenis Methamphetamine.

“Kesemua rampasan dan tangkapan diserahkan kepada pihak Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat untuk tindakan dan siasatan lanjut.”

“Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967,” katanya lagi.

Muhammad turut menyatakan bahawa dalam tempoh dua hari Op Benteng COVID, pihaknya berjaya menghasilkan nilai rampasan berjumlah RM1,296,336.

Ianya membabitkan empat lori dan sebuah kereta. Seterusnya 4 lelaki turut ditahan kerana terlibat dalam aktiviti penyeludupan.

Pihaknya mengalu alukan maklumat orang ramai jika mengetahui perkara seperti itu. Dan berikrar akan terus meningkatkan lagi kawalan ketat di sempadan.

Ini khasnya untuk mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin masuk ke negara kita.

“PGA akan terus mempertingkatkan serta mengetatkan kawalan sempadan dengan memantau pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok mulai Rantau Panjang sehingga Pengkalan Kubor bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin dan jenayah rentas sempadan lain.”

Industri pakaian bundle di Malaysia

Industri bundle telah bertapak di Malaysia kira kira lebih 30 tahun yang lalu.

Dan kini, sambutan ke atas pakaian bundle ini terus menggalakkan kerana ada peminatnya tersendiri.

Salah satu daripada sebab ramai sukakan pakaian bundle kerana harganya yang murah.

Dan kadangkala boleh dapat barang rare ataupun vintage yang mahal kalau ‘selamannya’ mengena.

Namun ada juga rintihan sejak akhir akhir ini barangan bundle kadangkala dijual dengan harga melampau oleh wor atau fu yang mengambil kesempatan.

Kononnya orang ‘tak kenal barey’. Jadi harap korang bijaklah dalam membeli barangan bundle ni untuk barang yang vintage, bernilai ataupun barang rare.

Baca juga artikel:

Evolusi: Dari Bundle ke Wor

Lihat Veteran Tentera Terbaring Kerana Diberitahu Nilai Rolex Antik Miliknya Mencecah RM2.8 Juta

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil