Evolusi: Dari Bundle ke Wor

Sejak kebelakangan ini satu perkataan famous telah dijadikan buah mulut dikalangan orang muda iaitu WOR. Apa itu Wor? Perkataan dan gelaran Wor ini berasal dari DEWA, disebabkan ia dimulakan di Kelantan maka ia dipanggil Wor. Adapun istilah Wor dalam dunia Vintage dan Bundle sekarang merujuk kepada Fake.

Masyarakat Kelantan terutamanya anak muda selalunya akan meletakkan paras atau level tertinggi dalam apa jua pencapaian sebagai tahap Dewa.

Tak kira lah kau main motor ke kereta, kau main bundle atau vintage, kau main muzik atau dressing seorang mat band, hatta power Tarannum sekalipun, bila kau dah naik satu tahap kau akan dipanggil Dewa.

WOR: Kelantan Yang Dekat Dengan Dewa

Contoh macam kau power main gitar, mesti orang panggil kau Dewa Gitar, tau kau pandai pomen atau modified kereta Honda, tentu tentu dah kawan-kawan kau panggil Dewa Honda, atau yang jenis pandai ngayat makwe, komfem la orang panggil Dewa Cinta.

Tapi sebenarnya ia juga boleh jadi istilah sinikal atau menganjing halus. Macam orang yang palatau hal skateboard ke, kalau orang panggil dia Dewa Skate tu lebih kepada menganjing. Inilah yang terjadi dalam scene Vintage dan Bundle sekarang.

Perihal Dewa ini sangat dekat dihati dan kehidupan rakyat Kelantan, sebab dari kecil hingga ke besar mesti akan tahu cerita cerita Dewa dulu dulu samada melalui Wayang Kulit atau mana-mana seni persembahan yang berkaitan Dewa.

Jadi orang tahu yang Dewa ni gaya pemakaian dia adalah High End, kalau tengok pada watak Dewa-Dewa dalam wayang kulit, dia punya pemakaian tu dari hujung rambut ke hujung kaki semua jenis ada taste.

Apabila seseorang dirujuk sebagai Dewa, ia bermakna taste dia dah level High End.

Pakai baju vintage, sarung kasut rare, gaya rambut lain dari orang, pakai van Combi, dengar lagu power, nolej banyak, adalah satu pencapaian High End dan layak digelar sebagai Dewa.

Itu lah sedikit sebanyak cerita asal usul gelaran WOR atau DEWA yang selalu diguna dalam masyarakat Melayu Kelantan.

Gambar contoh Dewa Se Alam Tunggal.

Dari Bundle ke Wor

Kegilaan Wor Vintage sekarang semakin menjadi-jadi, yang tak tahannya Wor-wor tersebut datangnya dari Kelantan.

Benda ni buatkan seluruh alam pelik, semua orang berniaga barang Vintage dan Bundle.

Dari Perlis hingga lah ke Sabah ramai je yang berniaga barang-barang tersebut, tapi Wor Kelantan paling tak jejak bumi dia punya penangan. Jadi, timbul persoalan “Kenapa Kelantan?” apa yang buatkan Wor-wor ini makin menjadi-jadi.

Scene bundle di Kelantan

Aku tak pasti lah korang tahu ke tidak, scene Bundle di Kelantan bermula dari akhir tahun 80an lagi.

Dan aku masih ingat lagi masa aku sekolah rendah ada satu kedai Bundle famous dengan nama American House, Kelantan dan Amerika berpisah tiada. Dulu barang Bundle datang dari USA sahaja, bukan macam sekarang, dari Korea pun ada.

Punya la takde knowledge pasal bundle habis disebatnya tak kira datang dari mana. Itu yang ada satu kedai bundle besar kat Damansara yang jual Sampah bukan Bundle.

Dari scene Bundle USA ini lah wujudnya “Sek Maka” mat-mat dressing setup, dari hujung kaki ke hujung rambut. Sek maka ni bermula awal millenium dulu, dah hampir 20 tahun kewujudan.

Scene Sek Maka ini pula sebenarnya gabungan dari Bundle+Culture Barat yang dibawa balik oleh abang abang dan pakcik pakcik yang belajar oversea terutamanya UK.

Sebaran knowledge dari mereka yang bawa balik budaya barat ini memperkuatkan lagi scene bundle di Kelantan. Sek Maka akan masuk kedai bundle dan hanya target mencari barang barang Rare.

Scene Bundle ni semakin lama semakin berevolusi, daripada dapat satu tokol terus jual, ia sikit sikit berubah mengikut knowledge yang owner bundle ni dapat. Melihat kepada etika Sek Maka yang memilih item yang selected untuk dibeli, dengan ini owner bundle pun ambil kesempatan dari observation terhadap mereka.

Maka akan ada selected item yang akan digantung diruangan khas selayaknya display item. Selected item ini terdiri dari Brand, History, Pattern, Material, Design dan lain lain.

Sekarang kalau pergi kedai bundle semua benda nak digantung macam baju tu special atau ori USA, padahal takde apa pun baju tu, design cantik sikit je dari yang ada dekat rak banyak-banyak.

Bermula dengan Selected Item dan Knowledge ini lah satu lagi evolusi muncul iaitu Vintage.

Vintage adalah berdasarkan History atau Timeline kewujudan baju atau item tersebut.

Sekarang bila beli tokol sahaja mesti akan cari barang yang ada nilai Vintage, pertamanya akan diselak dekat bahagian Tag.

Jadi evolusi Wor Vintage ini bermula lewat 80an di Kelantan (negeri lain aku tak tahu), bermula dengan Bundle biasa, kemudian hybrid dengan Knowledge yang dibawa balik oleh otai dan dipanjangkan oleh Sek Maka, seterusnya dirosakkan oleh Wor Vintage, sebab Wor lapar ke Duit bukannya Nolej.

Baca yang lain