Ramos Leraikan Mbappe Dan Neymar Daripada Bertumbuk Sebab Berebut Penalti

Laporan terbaru menyebut, Sergio Ramos terpaksa campur tangan untuk meleraikan dua pemain yang bertelagah iaitu Kylian Mbappe dan Neymar di bilik persalinan Paris Saint-Germain berikutan kemenangan mereka ke atas Montpellier.

Kedua-dua bintang penyerang itu bertelagah kerana berebut mengambil penalti dalam pasukan semasa perlawanan. Ini Neymar tidak membenarkan Mbappe mengambil penalti kedua PSG dalam perlawanan itu, selepas pemain Perancis itu melihat percubaan pertamanya diselamatkan.

Ketegangan dalam skuad muncul semula di dalam dan di luar padang. Di mana Mbappe tanpa rasa malu terus meminta untuk mengambil bola penalti daripada pemain Brazil itu, Namun Neymar enggan memberikannya.

Neymar kemudian melangkah dan menjaringkan gol dari sepakan penalti. Kedua-dua pemain menjaringkan gol daripada permainan terbuka pada separuh masa kedua.

Walaupun pasukan Christophe Galtier mencatat kemenangan 5-2, ketegangan antara kedua-dua bintang itu tidak dapat dipadamkan. Menurut Le Parisien, pertengkaran mereka berterusan ke bilik persalinan, di mana pertahanan berpengalaman Ramos terpaksa campur tangan untuk mengasingkan dua pemain itu daripada bertumbuk.

Peristiwa ini berlaku, kurang sebulan, selepas Mbappe menyatakan bahawa dia mahu PSG menjual Neymar dan mengekalkan Lionel Messi. Ini kerana menurut Mbappe, dia risau dengan masalah disiplin Neymar boleh memusnahkan matlamat PSG untuk bergelar juara Eropah.

Mbappe menganggap Neymar hanya datang ke PSG kerana kehidupan kota Paris. Perkara itu membuatkan Neymar benar benar kecewa. PSG malah sempat menawarkan Neymar ke Barcelona. Namun pemain itu menolaknya.

Neymar baru sahaja menandatangani kontrak baharu pada musim lalu.

Kemudian PSG memutuskan untuk mengekalkan Neymar dan meminta Galtier menyertakan pemain itu dalam perancangannya. Sebelum itu Galtier terbuka untuk menjul Neymar jika kelab mahukannya.

Galtier kemudian menyertakan Neymar dalam pasukannya. Sangat sukar mencari pembeli Neymar kerana gajinya sangat tinggi. Ditambah pemain itu tak mahu berpindah,

Le Parisien percaya, kesan daripada insiden pergaduhan di bilik persalinan itulah membuatkan Neymar menyukai post yang menyelar Mbappe di media sosial.

Tindakan Neymar itu mencetuskan satu lagi masalah baharu. Ini apabila Mbappe dikatakan meminta kelab menjual Neymar serta merta.

Sehari Selepas Neymar Tak Nak Bagi Dia Ambil Penalti, Mbappe Desak PSG Jual Pemain Itu Segera

PSG kemudian sedia mengenakan peraturan baharu ke atas pemain mereka tentang tatasusila menggunakan media sosial selepas tindakan Neymar menekan butang like pada post yang dianggap anti Kylian Mbappe.

Pengaruh Mbappe dalam PSG sangat kuat. Dia dijanjikan keistimewaan kuasa ala pemilik ketika PSG memujuknya untuk melanjutkan kontrak 3 tahun dengan kelab itu. PSG mahu memastikan pemain itu tidak ke Real Madrid.

Antara kuasa khas diberikan kepada Mbappe:

– Dia menjadi teras projek PSG bukan lagi Neymar

– Mbappe berhak bersuara sama ada menyokong atau membantah pemain yang ditandangani atau dijual

– Mbappe berhak menyuarakan pandangannya tentang perlantikan jurulatih dan pengarah sukan