Sehari Selepas Neymar Tak Nak Bagi Dia Ambil Penalti, Mbappe Desak PSG Jual Pemain Itu Segera

Sebelum ini The Guardian melaporkan bahawa ada kerisauan di bilik persalinan PSG kerana mereka mungkin akan terpecah kepada kem Mbappe dan Neymar.

Isu Neymar dan Kylian Mbappe dikatakan sedang mendidih ketika ini di PSG. Neymar pernah kecewa dengan Mbappe apabila pemain itu dengan terbuka menyatakan dia menyokong idea pemilik kelab untuk menjual Neymar.

Mbappe merupakan pemain yang diberikan kuasa ala pemilik dalam kontrak baharunya sebagai tanda bahawa PSG benar benar mahu menjadikannya teras projek mereka.

Namun hubungan mereka kembali ok, selepas PSG tidak menjual Neymar atas nasihat Luis Campos. Ini kerana menurut Campos, Pengarah Sukan baharu PSG, penjualan Neymar akan memberikan impak kepada Messi yang baru kehilangan rakan baiknya Angel Di Maria. Di mana Messi masih cuba mencari rentak terbaiknya di PSG.

Tetapi ketengangan hubungan antara Mbappe dan Neymar kembali memuncak selepas aksi Ahad lalu. Di mana Kylian Mbappe dengan selamber meminta Neymar memberikannya bola untuk mengambil sepakan penalti kedua, selepas dia gagal menyempurnakan yang pertama.

Skuad bimbingan Christophe Galtier menang dengan meyakinkan ke atas Montpellier di Parc des Princes dengan skor 5-2. Neymar menjaringkan 2 gol dalam perlawanan itu, sementara Mbappe sempat meraih 1 gol bersama sama dengan Renato Sanches dan jaringan sendiri oleh Falaye Sacko.

Tetapi 2 pemain penting PSG itu kemudian tidak sehaluan selepas Neymar terkejut dengan tindakan Mbappe. Sebelum ini Neymar merupakan pelaksana penalti yang utama untuk pasukannya. Nampaknya bermula musim ini, Neymar menjadi orang kedua untuk tugasan itu.

Selepas Mbappe gagal menyempurnakan yang pertama, Neymar merasakan tiba gilirannya pula untuk mengambil penalti. Tetapi Mbappe sempat meminta dia memberikan bola. Neymar tidak melayan permintaan itu.

Lebih mengeruhkan keadaan apabila Neymar mengetik like pada satu status mengkritik Mbappe. Di mana post itu menyatakan bahawa, Mbappe menjadi pelaksana utama penalti kerana ada dalam kontraknya. Walaupun sebelum ini Galtier menyatakan bahawa mereka tiada pengambil penalti yang khas. Pemain akan berbincang sesama sendiri di atas padang.

PSG langsung tak pernah belajar daripada isu yang pernah melanda Cavani dan Neymar dahulu. Di mana mereka harus menetapkan pilihan utama dan kedua.

Tetapi peminat menganggap, sebenarnya dalam kontrak Mbappe, sudah termaktub pemain itu akan menjadi pengambil penalti yang utama kerana kelab mahu memastikan pemain itu mendapat kelebihan untuk menjaringkan sebanyak mana gol yang boleh untuk membolehkannya menjadi pemain terbaik dunia.

Bukan satu Like yang diketik oleh Neymar tetapi beberapa Like telah diberikan Neymar kepada post yang mengutuk Kylian Mbappe.

Hantaran dari akaun Twitter itu berkisar kepada kegagalan bintang mega Perancis itu menyempurnakan sepakan penalti untuk meletakkan PSG di depan mendahului Montpellier.

Like pertama Neymar hadir di akaun Twitter Portal Brazil yang menulis:

“Hari ini dalam perlawanan PSG, Neymar telah menjaringkan gol dan MEMALUKAN penjaga gol (sekali lagi) di sepakan penalti. Dalam pada itu Mbappe telah melakukan satu sepakan yang amat teruk dan gagal.”

“Selepas perlawanan, jurulatih telah berkata bahawa Mbappe akan menjadi penyepak penalti utama pasukan untuk musim ini. Ini tidak masuk akal.”

Menurut laporan Romain Molina, Mbappe kini tidak senang dengan sikap Neymar dan meminta pengurusan tertinggi kelab menjual Neymar secepat mungkin. Di mana Neymar dikatakan mengetahui bahawa Mbappe membuat permintaan secara rahsia itu.

Neymar sedar bahawa Mbappe mahu dia dijual atas alasan, Neymar mungkin akan menghalang Mbappe beraksi pada prestasi terbaik. Dalam usaha pemain itu mahu memenangi Ballon d’Or. Pemain itu dengan terbuka menyatakan dia mensasarkan Ballon d’Or pertama dalam kariernya. Malah yakin dia boleh menang tahun ini, dengan pesaing utama beliau ialah Karim Benzema dan Sadio Mane sahaja menurut Mbappe.

Mbappe memiliki kuasa yang luar biasa dalam projek baharu PSG. Itulah sebabnya kenapa dia sanggup menolak tawaran Real Madrid pada saat saat akhir. PSG menawarkan pakej kontrak €50 juta semusim dan €100 juta bonus tandatangan kontrak baru.

Dalam rundingan itu PSG juga berjanji akan memecat Pochettino dan Leonardo (Pengarah Sukan) kerana Mbappe tidak sukakan dua individu itu. Mbappe meminta PSG melantik Luis Campos sebagai Pengarah Sukan baharu. Dia turut mencadangkan PSG mendapatkan Zidane atau Guardiola. Tetapi dua pengurus itu tidak menerima cadangan itu.

Akhirnya PSG mendapatkan kebenaran Mbappe untuk melantik Christophe Galtier. Mbappe ketika itu meminta kelab menawarkan kontrak sekali lagi kepada Zidane. Tetap juga ditolak. Dan akhirnya Mbappe merestui Galtier sebagai pengurus baharu.

Baca yang lain