Selepas Kehilangan Emas Olimpik, Pada 2011 Liu Xiang Ditipu Dayron Robles

Dayron Robles telah melakukan salah satu penipuan yang sangat memalukan dalam sejarah acara balapan dunia. Di mana pelari Cuba itu telah bertindak menepis lawannya dengan cara licik.

Kejadian itu berlaku dalam acara trek dunia 2011 dalam acara 110m lari berhalangan. Di mana Robles merupakan pelari pilihan untuk memenangi acara tersebut.

Robles merupakan juara bertahan ataupun pemenang emas Olimpik Beijing 2008. Ketika itu dia menewaskan Liu Xiang yang tidak dapat meneruskan larian kerana kecederaan.

Dalam acara 2011 itu, Robles sekali lagi bertemu dengan Liu Xiang. Dengan pelari China itu mahu menebus kehampaan pada Sukan Olimpik 2008 di negaranya. Namun kali ini dia ditipu oleh Robles dengan cara yang sangat mengejutkan.

Yang sebenarnya Liu Xiang tak sangka Robles menipunya. Dia awalnya ingat itu tidak disengajakan.

Robles telah menolak dan menarik Liu Xiang dengan tangannya sebanyak dua kali. Dan memenangi acara itu dengan catatan masa 13.14 saat.

Lebih menjengkelkan apabila dia sempat memeluk Liu Xiang selepas menamatkan larian itu. Ya dia memeluk mangsa penipuannya konon konon atas semangat kesukanan. Sebenarnya Liu Xiang dan Robles memang agak rapat kerana seringkali bersaing sesama sendiri pada era kegemilangan mereka. Mereka boleh dikatakan sahabat baik di luar trek.

Liu Xiang yang dua kali terganggu momentum lariannya menamatkan larian di tempat ketiga dengan masa 13.27 saat.

Ianya dianggap pencapaian luar biasa untuk seorang yang dikasari oleh lawannya. Pelari USA, Richardson pula berada di tangga kedua dengan catatan 13.16 saat.

Liu Xiang kemudian memberitahu media bahawa dia dikasari. Itu menjadi punca dia kehilangan emas pada 2 palang terakhir. Ini kerana cara Liu Xiang kehilangan momentum pada saat akhir agak pelik.

Liu Xiang berkata kepada wartawan: “Robles memukul saya sebanyak dua kali, dan pada palang kesembilan dia menarik saya. Namun saya rasa itu tak sengaja.”

“Saya kehilangan keseimbangan ketika palang ke-10 kerana terganggu rentak larian. Jika tidak kerana insiden seperti ini, saya boleh menjadi pemenang emas.”

Awalnya kes itu kedengaran pelik.

IAAF mengambil serius kenyataan Liu Xiang itu dan terus melakukan siasatan dan mendapati memang Robles seperti sengaja melakukan kontak ke atas Liu Xiang sebanyak dua kali sama ssperti yang didakwa oleh Liu Xiang.

IAAF kemudian menarik pingat emas Robles dan memberikannya kepada Richardson. Perak milik Liu Xiang. Andy Turner dari Britain dihadiahkan pingat gangsa.

@anythingasians

Biggest robbery in world championships #olympics #daegu #cuban #110hurdles #trackandfield #chinese #sprinter #hurdler #liuxiang #darenrobles #CapCut

♬ Superhero (Heroes & Villains) – Instrumental – Metro Boomin

Robles membantah keputusan itu dan menyatakan bahawa dia menjadi mangsa pilih kasih kerana negaranya negara kecil.

“Jika negara saya kuasa besar [seperti Amerika Syarikat, China], mereka tak akan mengambil tindakan seperti ini ke atas saya.”

“Saya akan belajar daripada pengalaman ini dan akan bangkit,” kata Robles.

Richardson akui dia tak selesa menang emas dengan cara sebegitu namun dia menegaskan peraturan tetap peraturan yang harus dihormati.

“Dalam sisi lain, saya harap dia yang kekal menang emas itu. Namun peraturan tetap peraturan.”

“Apa sahaja boleh berlaku dalam sukan balapan dan padang, dan jika kamu terus melakukan yang terbaik, dan kekalkan prestasi, kamu akan mendapat habuan.”

Ini bukan kali pertama Liu Xiang kehilangan emas dalam acara berprestij kerana isu teknikal. Sebelum ini dia kehilangan emas di Olimpik 2008 kerana kecederaan. Ketika itu dia merupakan atlet pilihan. Lebih lebih lagi acara itu dianjurkan di tanah airnya.

Baca juga:

Detik Liu Xiang Bawa Harapan Rakyat Negaranya Ke Garisan Penamat Walaupun Kesakitan