Soloz: Facebook Gaming Creator Malaysia Yang Beli Mustang Pakai Selipar

Dewasa ini kita telah diberitakan bahawa seorang gamers terkenal, Soloz telah membeli sebuah kereta otot(muscle car) yang berjenama Mustang dengan Selipar.

Itulah tajuk berita yang tersebar kini, realitinya kereta itu bukan dibayar menggunakan selipar dan menggunakan duit seperti urusan jual beli yang lain.

View this post on Instagram

Ok selesai

A post shared by Faris Zakaria (@solozsoloz) on

Apa yang menjadi tular adalah pembeli tersebut hadir ke pusat pameran kenderaan itu dengan hanya memakai selipar sahaja.

Entah bila pula ada etika berpakaian untuk membeli kereta? Hina sangatkah memakai selipar ketika membeli kereta?

Semua itu tidak penting yang penting poket kau penuh dan memenuhi kriteria untuk mengangkat kereta berjenama Mustang.

Kalau kau nak tahu, selipar dia pakai tu pun katanya selipar pinjam. Tak tau betul ke tak.

Siapakah Gamers Yang Membeli Mustang Dengan Selipar?

Faris Zakaria atau yang lebih dikenali dengan In Game Name(IGN), Soloz merupakan sosok tubuh yang telah membeli kereta otot, Mustang yang menjadi idaman semua lelaki.

Soloz merupakan seorang Gamers dan juga Streamer yang popular di laman Facebook melalui permainan Mobile Legends: Bang Bang!

View this post on Instagram

Asia comic con with the team.

A post shared by Faris Zakaria (@solozsoloz) on

Gamers profesional ini merupakan bekas ahli kumpulan Airasia Saiyan dan mewakili Malaysia di Sukan SEA Manila 2019 dalam acara Sukan Elektronik.

Ada yang melabel Soloz sebagai Gamers nombor satu Malaysia dan label ini tidak disenangi orang sesetengah peminat permainan video.

View this post on Instagram

Goodluck boys

A post shared by Faris Zakaria (@solozsoloz) on

Bagi mereka pemain profesional Dota 2 yang berasal dari Malaysia seperti xNova, MidOne, Mushi, Ohaiya dan beberapa nama lagi jauh di depan Soloz.

Mungkin gelaran Gamers nombor satu Malaysia itu tidak tepat namun harus diperhalusi bahawa Soloz merupakan pemenang anugerah ‘Most Watched Creator Malaysia’ pada tahun lalu.

Anugerah ‘Pencipta Kandungan Dengan Tontonan Tertinggi’ ini diraih Soloz di Facebook Gaming Creator Summit 2019 di Manila Filipina dianjurkan oleh Facebook sendiri.

Seramai 100 streamer Facebook Content Creator yang popular daripada seluruh Asia dijemput untuk acara itu.

Jumlah Pengikut Soloz di Media Sosial

Soloz berjaya memenangi anugerah itu dan menewaskan Streamers Malaysia yang lain kerana berjaya mencatatkan jumlah tontonan yang tinggi ketika bersiaran langsung.

Setiap siaran lansungnya di Facebook akan berjaya menarik tontonan sehingga mencecah 100,000 dan kadang-kala hingga 800,000 ribu tontonan sahaja.

Kini laman Facebook sebagai Facebook gaming Creator Soloz sudah mempunyai lebih 350,000 like dan 1.3 pengikut.

Di laman video terkemukan, Youtube Soloz sudah mempunyai 719,000 subscribers di mana setiap video yang dimuat naik akan melepas angka 100,000.

Akuan Instagramnya pula sudah mempunyai 546,000 pengikut walaupun tidak aktif dan hanya membuat beberapa hantaran sahaja sejak tahun 2016.

Dengan jumlah pengikut yang padu dan jumlah tontonan yang tinggi di Facebook dan Youtube serta sebagai seorang games profesional maka tidak hairanalah beliau mampu memiliki Mustang.

Itu belum lagi dikira penjaan dan pengiklanan yang diterima jika ada. Suri rumah pun boleh buat RM18,000 sebulan main game apatah lagi Soloz.