Sejak Bola Sepak Sukan SEA mula memperkenalkan penggunaan pemain bawah umur, hanya Thailand dan Malaysia yang berjaya meraih pingat emas. 7 kali untuk Thailand dan 2 kali untuk Malaysia.
Vietnam menjadi negara ke-3 berjaya melakukannya. 2019 merupakan final ke-4 mereka, sementara itu Indonesia turun di final ke-3. Vietnam tewas 2 kali kepada Thailand pada tahun 2003 dan 2005. Mereka terus gagal meraih emas apabila tewas kepada Malaysia pada 2009.
Rahmad Darmawan membawa skuad Garuda Muda ke pentas Final pada tahun 2011 dan 2013. Tewas kepada Malaysia melalui penentuan sepakan penalti dan Thailand melalui gol tunggal hasil sepakan penalti.
Vietnam dan Indonesia mara ke perlawanan akhir dengan rekod 24 gol dan hanya bolos 4 kali. Menyaksikan 2 pasukan paling efektif di peringkat kumpulan dan separuh akhir berentap di final.
Vietnam membelasah Kemboja 4-0 dan Indonesia juga merekod 4 jaringan ketika membenam Myanmar 4-2 di separuh akhir.
Namun kekuatan skuad Park Hang Seo berada dikelas tersendiri apabila mudah menjinakkan Indonesia 3-0.
https://axello.net/sukan-sea-pencapaian-2-tahun-park-hang-seo-dan-vietnam-terlalu-hebat/
Vietnam hanya memerlukan 1 percubaan tepat pada separuh masa pertama melalui sepakan percuma di sebelah kanan yang ditanduk masuk oleh pemain pertahanan, Doan Van Hau.
Selepas 14 minit separuh masa kedua, rembatan leret dari luar kotak penalti ke penjuru kanan gawang Indonesia dari Du Hung Dung memastikan Vietnam selesa didepan. Pada minit ke-72, pemain Hanoi FC yang dipinjamkan ke SC Heerenveen, Belanda -Van Hau- mencetak gol ke-2 peribadi apabila mudah menolak bola yang ditampan oleh Riyandi.
Vietnam menjadi juara ke-8 dari 9 yang tidak mengalami sebarang kekalahan sepanjang laluan untuk bergelar juara.
- 2019, (6-1-0) Vietnam
- 2017, (6-1-0) Thailand
- 2015, (7-0-0) Thailand
- 2013, (4-2-0) Thailand
- 2011, (5-1-0) Malaysia
- 2009, (5-0-1) Malaysia
- 2007, (5-0-0) Thailand
- 2005, (5-0-0) Thailand
- 2003, (4-1-0) Thailand
- 2001, (6-0-0) Thailand
Prestasi Vietnam dibawah Park Hang Seo agak menakjubkan sejak 2 tahun lepas apabila berjaya membawa pasukan B-22 menjadi pasukan ke-4 terbaik di Piala Asia dan Naib Juara Sukan Asia.
Perlawanan akhir kali ini diwarnai dengan peristiwa ketua jurulatih Vietnam dilayangkan kad merah. Hang Seo dilayangkan kad merah pada minit ke-72, sebelum itu fisioterapi pasukan dikenakan dilayang kad kuning.
Perlawanan terhenti selama beberapa minit apabila Hang Seo tidak berpuas hati dengan tidakan pengadil tersebut.
Tahniah Vietnam, kurang 4 minggu dari sekarang pasukan ini akan terbang ke Thailand untuk beraksi di Piala Asia sekali lagi selepas berjaya melakukannya pada tahun 2018.