Tuchel

TERKINI: Tuchel Dipecat Selepas Kekalahan Di Tangan Dinamo Zagreb

Satu perkhabaran yang agak tidak enak dari kem Chelsea Thomas Tuchel dipecat oleh kelab yang berpangkalan di London itu. Pengumuman rasmi telah pun dibuat oleh kelab dalam satu kenyataan media.

BACA JUGA:

Perkara ini disampaikan menerusi laman web rasmi Chelsea. Pengurusan melahirkan rasa terima kasih kepada Tuchel kerana memberikan segala-galanya kepada The Blues.

Tuchel dipecat!

Chelsea dalam kenyataannya bertulis: “Bagi pihak semua orang di Chelsea FC, Kelab ingin mengucapkan terima kasih kepada Thomas dan kakitangannya atas segala usaha mereka sepanjang mereka bersama Kelab.

Thomas berhak mendapat tempat dalam sejarah Chelsea setelah memenangi Liga Juara-Juara, Piala Super dan Piala Dunia Kelab pada eranya di sini.”

“Kakitangan kejurulatihan Chelsea akan bertanggungjawab ke atas latihan dan persiapan pasukan untuk perlawanan akan datang kerana Kelab akan bergerak pantas untuk melantik ketua jurulatih baharu.”

“Buat masa ini tiada komen lanjut lagi sehingga pengurus baharu dilantik kelak.”

Pemecatan ini didakwa susulan prestasi Chelsea yang terus memburuk. Daripada 3 perlawanan terakhir, Chelsea hanya menang satu sahaja. Dua daripadanya berakhir dengan kekalahan.

Terbaru, Chelsea tewas kepada Dinamo Zagreb dengan jaringan 1-0 dalam perlawanan sulung Liga Juara-Juara Eropah musim ini.

Tuchel sudah pastinya akan diingati sebagai penyelamat kepada Chelsea ketika prestasi tak menentu di tangan Frank Lampard. Tuchel mengambil alih pasukan pada pertengahan musim dan kemudian membantu mereka menjuarai UCL.

Tuchel berdepan masalah dalam pengurusan pasukan kerana pasukannya dikenakan sekatan pada separuh kedua musim lalu.

Ramai pemain gagal dilanjutkan kontrak termasuk pemain penting seperti Antonio Rudiger dan Christensen.

Selepas Chelsea menyelesaikan isu pemilikan, Todd Boehly segera memberikan dana sekitar GBP 300 juta untuk menyokong Tuchel.

Pengurus asal Jerman itu membeli beberapa pemain termasuk Marc Cucurella, Kalidou Koulibaly, Raheem Sterling, Wesley Fofana dan Pierre Emerick Aubameyang.

Agak sukar untuk Tuchel membentuk keserasian dalam masa yang singkat. Ianya diburukkan lagi dengan kecederaan pemain seperti Ngolo Kante.

Apapun Chelsea sudah menegaskan bahawa mereka mahukan transisi yang terbaik untuk kelab mereka. Yang menjadi alasan utama pemecatan Tuchel.

Korang rasa, adakah Chelsea membuat keputusan yang tepat memecat Tuchel? Dan siapakah calon pengganti beliau?