Malaysia dan Thailand turun di Stadium Al-Maktoum bagi menentukan siapa yang bakal menghuni tempat ke-3 kumpulan G.
Kedua-dua pasukan dilihat sudah layak secara terus ke peringkat Kelayakan Akhir Piala Asia 2023.
Malaysia mempunyai goal different lebih baik berbanding pasukan ke-4 kumpulan lain dan Thailand mempunyai kelebihan mata jika pasukan ini berada di tempat ke-4.
Malaysia tidak melakukan sebarang kejutan pada 2 perlawanan lepas apabila tewas 0-4 kepada UAE dan 1-2 di tangan Vietnam.
Sementara itu Thailand dikejutkan Indonesia apabila hanya mampu meraih keputusan seri 2-2 sebelum tumbang kepada UAE 1-3.
Perlawanan dengan kedua-dua pasukan bermula dengan agak perlahan
Minit ke-5 Malaysia membuat percubaan awal melalui Mattew Davies yang berjaya memperdayakan pertahanan lawan sebelum melepaskan percubaan tepat ke arah penjaga gol Thailand, Chatchai Budprom.
Berselang 3 minit, Malaysia sekali lagi melakukan percubaan selepas Brendan Gan melakukan tekanan terhadap pertahanan lawan.
Akhyar Rashid menyambar bola hasil kesilapan lawan. Percubaan Akhyar berjaya dihadang oleh Budprom.
Selepas 19 minit, Thailand mencipta 2 peluang untuk menjaringkan gol, Guilherme de Paula turun membantu bahagian pertahanan untuk mengganggu peluang ke-2 Thailand.
Berselang selepas itu Malaysia terlepas peluang besar apabila tolakan Akhyar tersasar ke sebelah kanan gawang ketika Budprom sudah tertewas.
Malaysia terus garang apabila De Paula melepaskan satu tandukan tepat ke arah Budprom. Percubaan itu terhasil dari situasi sepakan percuma pada minit ke-26 yang diambil Azam.
Aidil mempamerkan aksi cemerlang apabila berjaya membuatkan hadangan penting yang hadir melalui Ernesto.
Minit ke-28, Malaysia sekali lagi mencipta peluang dari sepakan percuma, sepakan Azam Azih tepat ke kepala Aidil namun tandukannya sedikit lemah dan diselamatkan Budprom.
Suphanat Muenta menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-33, clear header Guilheme gagal dikeluarkan sepenuhnya oleh Azam
Namun jaringan tersebut dibatalkan kerana Muenta dikesan berada dalam kedudukan ofside.
Pada minit ke-41, Azam melakukan percubaan dari jarak 25 meter tepat ke arah gawang lawan berjaya ditepis oleh Budprom.
Babak pertama berakhir dengan keputusan 0-0. Malaysia hilang sedikit penguasaan namun menjadi pasukan lebih baik apabila melakukan 3 percubaan tepat berbanding Thailand 0.
Baca juga
18 Penampilan dan 7 Jaringan Antarabangsa Sumareh, Adakah Malaysia Bertambah Baik
Bersambung babak kedua Tang Cheng Hoe melakukan perubahan dengan mengeluarkan Brendan Gan dan Arif Aiman Hanafi memasukan Safawi Rashid dan Shafiq Ahmad.
Percaturan itu berkesan apabila Malaysia membuka jaringan melalui sepakan penalti Safawi Rashid.
Penalti minit ke-50 itu berpunca dari kesilapan Ernesto yang menjatuhkannya dalam kotak penalti. (1-0)
Thailand hampir menjelmakan gol penyamaan, rembatan padu maut Jaroensak Vongkorn minit ke-54 ditampan kemas oleh Khairul Azhan Khalid. Sampai cedera jugak la keeper kita.
Selepas sejam permainan Thailand mempunyai 55% penguasaan bola dan Malaysia 45%, masing-masing merekod 11 percubaan.
Namun Malaysia pasukan lebih baik apabila mempunyai 5 percubaan tepat berbanding Thailand hanya 2.
Malaysia melepaskan peluang besar untuk melebarkan kedudukan apabila De Paula melakukan sepakan melambung di depan kotak 6 ela pasukan lawan.
Thailand kelihatan semakin terdesak, minit ke-70 jurulatih Thailand, Akira Nishino memasukan 2 bintangnya Tristan Do dan Adisak Kraison secara serentak.
Berbaki 3 minit Thailand mempunyai peluang menjaringkan gol melalui Muenta, namun tolakannya hanya melintasi palang gol.
Seminit selepas itu Syafiq melakukan satu percubaan tepat merbahaya menuju ke arah Budprom.
Keputusan berakhir dengan Malaysia menewaskan Thailand 1-0.
Malaysia memintas Thailand untuk menamatkan peringkat kumpulan G di tangga ke-3 dibelakang UAE dan Vietnam dengan kutipan 12 mata.
Sementara itu Thailand jatuh ke tangga ke-4 dengan 9 mata.
Malaysia dan Thailand akan bermain di kelayakan akhir Piala Asia yang dijadualkan bermula pada November tahun ini dan tamat pada Jun tahun hadapan.
Pemain terbaik: Safawi Rashid (gol kemenangan)