Tuchel Sedia Kekal Namun Bayern Harus Setuju Syarat Ini

Thomas Tuchel kini sedia untuk menerima tawaran Bayern untuk terus kekal. Namun pengurus itu meletakkan syarat khas yang harus dipersetujui Bayern.

Baru baru ini Manuel Neuer dan Thomas Muller sudah memberitahu pengurusan tertinggi bahawa Tuchel telah menjalankan tugasnya dengan sangat baik.

Dan dia membantu ramai pemain membangun serta membantu meningkatkan prestasi mereka.

Neuer dan Muller juga cuba meminta agar pemain Bayern melakukan perkara yang sama. Menyatakan sokongan mereka kepada Tuchel. Walaupun sebelum ini ada pemain seperti De Ligt dan Kimmich kurang gembira dengan Tuchel.

Bayern masih bergelut untuk mencari pengganti Tuchel yang akan meninggalkan kelab akhir musim ini. Calon seperti Xabi Alonso dan Ralf Rangnick sudah menolak tawaran mereka.

Beberapa nama lain masih samar samar. Bayern juga beralih kepada Oliver Glasner di Palace. Namun kelab Inggeris itu meminta €100 juta. Angka yang tak mungkin akan dibayar Bayern untuk seorang pengurus. Bayern hanya menawarkan maksimum €18 juta.

TERKINI: Pemain Paling Berpengaruh Di Kem Bayern, Neuer Dan Muller Lancar Kempen Sokong Tuchel

Bayern juga tiba tiba mahukan Nagelsmann kembali. Namun pengurus itu sudah melanjutkan kontrak dengan DFB dan tidak pernah memikirkan untuk kembali ke Bayern.

Kemudian mereka membuka pintu kepada Tuchel untuk terus kekal. Terutama sekali melihat pengurus itu berjaya membantu Bayern mara ke separuh akhir UCL. Serta ada beberapa pemain seperti Harry Kane, Eric Dier serta beberapa pemain muda lain sangat cemerlang di bawah Tuchel.

Bekas pengendali Chelsea itu awalnya tidak mahu kekal. Namun BILD hari ini melaporkan dia sedia kekal. Dengan syarat, Bayern melanjutkan kontraknya yang ada. Kontrak semasa sehingga 2025.

Tuchel mahukan kontrak baharu berbanding hanya menghabiskan kontraknya sedia ada.

Tuchel tahu, jika dia terus kekal sehingga 2025, Bayern tidak akan membayar pampasan pemecatan. Dan dia pula tidak mahu hanya berada sekejap di Bayern sebagai batu loncatan Bayern menunggu pengurus baharu masuk. Sambil Bayern menjimatkan wang pampasan mereka.

Sebelum ini Bayern membayar angka pampasan besar memecat Nagelsmann.

Bayern juga dikatakan masih berminat dengan Xabi Alonso yang mungkin akan keluar dari Leverkusen selepas musim hadapan. Ianya transisi yang sempurna jika Tuchel terus kekal sehingga 2025.

Malangnya, pengendali asal Jerman itu mahukan kontrak baharu. Di mana Bayern harus mempertimbangkan permintaan itu.

Selain itu Tuchel meminta dana untuk pembelian pemain bintang baharu.