UCL: Napoli 4 Liverpool 1, The Reds Bertahan Dengan Teruk Dan Tak Kreatif

Liverpool memulakan perlawanan dengan seteruk yang mungkin. Di mana mereka membenarkan Napoli menyerang kubu mereka dan memberikan penalti kepada lawan. Ianya selepas James Milner menampan bola dengan tangannya.

BACA JUGA ARTIKEL:

Piotr Zielinski dengan tenang menyudahkan penalti dengan tenang untuk meletakkan Napoli 1-0 di hadapan.

Liverpool cuba memperbaiki rentak permainan mereka. Namun giliran Van Dijk pula melakukan kesilapan dan memberikan penalti kedua kepada Napoli pada minit ke-18.

Osimhen kali ini meminta untuk mengambi penalti tersebut. Tetapi Alisson menyelamatkan penalti tersebut.

Liverpool memiliki peluang untuk menjaringkan gol pada minit ke-24, tetapi kawalan bola Mo Salah menghampakan sekali.

Pada minit ke-28, Joe Gomez melakukan kesilapan maut. Osimhen merampas bola dan melorongkan kepada rakannya, tetapi Van Dijk mengeluarkan bola dari atas garisan gol.

Namun gol kedua Napoli hadir juga menerusi Anguissa. Satu lagi kelemahan pertahan Liverpool secara individu dan berpasukan. Napoli 2 gol di hadapan.

Van Dijk cuba merapatkan kedudukan menerusi tandukan deras tetapi diselamatkan Meret.

Liverpool mendapat peluang gol sekali lagi, tetapi Elliot melakukan percubaan yang tersasar dari jarak dekat.

Sebelum rehat Napoli menambah 1 lagi gol menerusi pemain gantian Giovanni Simeone – yang baru dimasukkan mengantikan Osimhen untuk menjadikan kedudukan 3-0.

Bermula separuh masa kedua, penyokong Napoli seolah olah tidak percaya mereka meraikan gol keempat pada minit ke-47 perlawanan menerusi Zielinski sekali lagi.

Dua minit kemudian, Luis Diaz menjaringkan gol pertama Liverpool menerusi lencongan mendatar.

Luis Diaz kemudian menguji Meret dengan tandukan deras pada minit ke-61, namun berjaya ditepis penjaga gol tersebut.

Napoli kemudian mengurangkan intensiti serangan mereka. Cuba bertahan dan menyerang balas.

Liverpool terus bergelut untuk mendapatkan gol kedua.

Tamat perlawanan, Napoli 4 Liverpool 1.

Satu kekalahan yang memalukan untuk Liverpool. Ianya meneruskan lagi permulaan musim yang sukar buat skuad bimbingan Jurgen Klopp.

Aksi separuh masa pertama Liverpool menjadi punca kepada keputusan yang tidak diterima akal ini.

Ini bukan kali pertama Liverpool memulakan perlawanan dengan buruk pada musim ini dan keciciran mata.