Video Sedap: Paparan Aksi 1 Gol 1 Assist Oleh Henderson Dalam Pandangan 360°

Jordan Henderson sekali lagi mempamerkan kehebatan beliau di atas padang semalam. Hanya orang yang tidur awal sahaja tak tau cerita ini.

Pemain bernombor 14 ini kembali bermain di posisi kegemarannya iaitu nombor 8, setelah kepulangan Fabinho ke dalam pasukan.

Henderson telah melakukan tugasan cemerlang sepanjang ketiadaan Fabinho.

Dalam aksi menentang Southampton, Jordan Henderson melakukan 1 gol dan 1 assist dalam perlawanan berhadapan dengan Southampton.

Gol pertama Henderson adalah hasil umpanan cantik daripada Roberto Firmino. Gol tersebut hadir selepas gol pembukaan oleh Alex Oxlade Chamberlain.

Ianya bermula daripada slice pass dari bawah oleh Trent Alexander Arnold yang tepat nak mampus.

Korang layan video true view ni:

Commentary di LFC pun padu juga:

Sebagai kapten yang berjiwa rakyat, Henderson turut mencipta gol kepada Mohamed Salah.

Henderson melakukan satu diagonal pass yang menewaskan pertahanan lawan.

Ia tercetus daripada satu serangan balas. Henderson berada di wide area.

Guardiola pernah menyatakan bahawa, apabila Henderson berada di wide area, pemain pertahanan kena bagi perhatian, kerana dia ada variasi hantaran yang sangat baik.

Henderson jelas sekali seorang kapten yang memimpin melalui tauladan. Beliau sekali lagi menyerlah dalam perlawanan yang memerlukan Liverpool konsisten di atas padang.

Liverpool menang 4-0 dalam aksi berhadapan dengan Southampton di Anfield. Oxlade Chamberlain membuka tirai jaringan pada minit ke-47 setelah menerima hantaran Firmino.

Seterusnya, Firmino sekali lagi melakukan assist kepada Henderson untuk gol kedua pada minit ke-60.

Henderson kemudiannya mencipta assist untuk Mo Salah pada minit ke-71 perlawanan.

Firmino – pemain terbaik perlawanan – telah melengkapkan hatrik assist beliau dengan ciptaan gol untuk Salah pada minit ke-90.

Firmino memang pemain yang dikenali sebagai system player. Pemain yang menjadi core kepada sistem serangan Liverpool.

Henderson pemain penting

Aksi cemerlang Henderson musim ini menjadikan beliau antara pemain yang diletakkan sebagai pilihan untuk dicalonkan dalam Anugerah Pemain Terbaik PFA.

Ini Sebab Henderson Layak Dinobatkan Pemain Terbaik Tahunan Premier League

Beliau berjaya menjadi nadi penting Liverpool di tengah. Boleh mengisi posisi DM ataupun posisi lebih ofensif.

Malah Jurgen Klopp menyifatkan bahawa, Jordan Henderson sebagai pemain paling penting di dalam pasukan Liverpool hari ini.

Beliau memahami kehendak pengurus dan juga berpengalaman luas dalam bola sepak Inggeris dan Eropah.

Bukan sahaja kerana kepimpinannya, malah kerana kualiti yang dijelmakan untuk teknikal dan juga squad depth.

Oleh sebab itu Jurgen Klopp tak pernah terfikir untuk melantik kapten yang lain ketika beliau mengambil alih Liverpool. Bagi beliau Jordan Henderson memiliki segala pakej yang diperlukan.

Liverpool kini 22 mata di atas Man City dalam carta liga. Mungkin Henderson akan menjulang piala keempat untuk Liverpool di bawah era Jurgen Klopp pada akhir musim ini.

Baca yang lain