[VIDEO] Lihat Gol Isak Hasil Daripada Naluri Antisipasi Dan Ketenangan Luar Biasa

Alexander Isak terus menunjukkan prestasi cemerlangnya setiap kali diturunkan di atas padang.

Musim pertamanya di Newcastle bermula dengan agak sulit kerana masalah kecederaan, selepas debut yang memukau.

Namun kini penyerang antarabangsa Sweden itu terus membuktikan kenapa dia berada dalam projek Eddie Howe di Newcastle.

Dalam aksi berdepan West Ham, Isak sekali lagi meledak gol untuk membantu pasukannya menang besar 5-1.

Callum Wilson dan Joelinton masing masing menjaringkan 2 gol dalam perlawanan ini.

Dalam kedudukan 3-0, Isak menambah derita West Ham dengan gol keempat pada minit ke-82 dengan cara yang sangat menarik – sebelum gol kelima oleh Joelinton.

Ianya adalah melibatkan antisipasi yang semulajadi daripada pemain terutama sekali penyerang.

Di mana ketika dia melihat bola melalui kepalanya, dia kemudian melihat Fabianski meluru ke hadapan untuk melakukan sweeping.

Isak memberhentikan langkahnya, kerana nalurinya menjangkakan penjaga gol itu mungkin akan melakukan clearance lemah.

Dan ramalannya tepat. Di mana bola singgah betul betul di hadapannya. Isak mengawal bola dan memasukkannya ke dalam gawang yang tidak berpenjaga.

Saksikan:

Peminat benar benar kagum dengan kegeniusan pemain itu.

Newcastle kini terus berada di kedudukan untuk layak ke UCL musim hadapan.

Newcastle berada di tangga ketiga dengan kelebihan perbezaan jaringan berbanding Man United yang turut menang dalam aksi mereka di Old Trafford hasil jaringan tunggal Marcus Rashford.