Pertahanan sisi Kelantan United, Wan Afiq Kasbi membuat keputusan bersara dari dunia bola sepak profesional dan menyertai sektor perkhidmatan awam.
Pemain berusia 27 tahun ini masih mempunyai masa yang panjang, sekurang-kurangnya 5 tahun lagi bermain bola sepak.
Afiq merupakan pemegang Izajah Sarjana Muda kejuruteraan Awan dan Struktur dan Sarjana kejuruteraan mula bermain bola sepak di divisyen profesional bersama Universiti pasukan Kebangsaan Malaysia (UKM) dimana tempat dia mendapat pendidikan tertinggi.
Afiq dipancing oleh Kelantan pada tahun 2020, pemain pertahanan kiri ini tampil dalam 4 perlawanan awal pasukan mengisi tempat Azwan Aripin yang mengalami kecederaan.
Kelantan bermula baik dengan menewaskan bekas pasukannya UKM dan Kelantan United sebelum tewas kepada Terengganu FC (TFC II). Kelantan menang 5 kali, 3 seri dan 3 kalah, satu catatan yang lebih berbanding musim ini.
Dollah Salleh: Malaysia Setaraf Dengan Vietnam Dan Malaysia Tidak Boleh Ada Alasan
Setahun bermain bersama Kelantan pemain ini menyertai Kelantan United. Posisinya mempunyai persaingan sengit dengan kehadiran nama lebih besar darinya iaitu Fitri Omar dan Qayyum Marjoni Sabil.
3 perlawanan awal, Afiq gagal menembusi barisan utama dan selepas 6 bulan Afiq memilih untuk bersara dari dunia bola sepak.
Afiq akan memegang jawatan Penolong Ketua Jajahan -Penguatkuasaan Teknikal Dan Hasil, Jabatan Tanah Dan Jajahan Machang.
Kelantan United kini berada ditangga ke-5 Liga Perdana selepas mengharungi 11 perlawanan, mengutip 16 mata hasil 5 menang dan 1 seri.
Kelantan United membuat rombakan besar selepas mendapat musim suram pada tahun sebelumnya, Afiq sebahagian dari pemain yang berada dalam rombakan besar itu.
Bersaranya Afiq pada usia muda dan masih boleh bermain bola sepak menyertai kisah Zul Fahmi Awang yang juga dilaporkan berhenti bemain bola sepak bagi menyertai sektor awam.
Ekoran dari masalah pandemik yang melanda dunia banyak pasukan mempunyai masalah kewangan disamping Liga Malaysia juga terkenal dengan masalah tidak membayar gaji pemain pada masa tepat.
Malaysia antara negara mendapat geran khas dari Persatuan Bola Sepak Dunia (FIFA) bagi mengatasi masalah tersebut.