Xavi Henandez memberitahu sebab mengapa dia 2 kali menolak tawaran untuk mengurus Barcelona.
Xavi merupakan bekas pemain kelab tersebut yang telah menghabiskan kariernya disana selama 24 tahun. Xavi menyertai kelab itu sebagai pemain remaja pada tahun 1991 sebelum menamatkan karier disana pada tahun 2015.
Selepas itu Xavi bermain bersama Al-Sadd, sebuah kelab dari Qatar dan kemudiannya mengurus kelab tersebut sejak 2019.
Pada pertengahan 2018-19 Xavi dikaitkan menjadi calon utama untuk mengurus Barcelona. Saat itu Barcelona tidak gembira dengan hasil kerja Ernesto Valverde.
Pengendali ini gagal meletakkan suasana harmoni dan padu dalam bilik persalinan.
Namun, Xavi memilih kekal bersama Al Sadd. Barcelona akhirnya melantik Quiquie Setien sebagai pengurus baharu menggantikan Valverde.
Xavi kembali dikaitkan dengan Barcelona pada akhir musim ini, saat diri pulang ke tanah airnya.
Situasi ketika itu, Barcelona mahu menilai semula masa depan Ronald Koeman. Akan tetapi, Xavi menolak khabar angin itu dan mengatakan dia pulang hanya untuk berehat selepas tamat musim di Qatar.
Pada ketika itu juga, Koeman dilihat tidak mampu meletakkan Barcelona di tangga ke-2 liga, Barcelona ketinggalan 4 mata di belakang Real Madrid.
Pada perlawanan ke-37 liga, Barcelona tewas di tangan Celta Vigo. Laporan dari media Sepanyol RAC1 mengatakan 99% Koeman bakal dipecat.
Pihak Barcelona dilaporkan sudah tidak peduli dengan baki kontrak Koeman meskipun pengurus itu menyumbang trofi Copa Del Rey musim ini.
Presiden Barcelona, Joan Laporta melihat Xavi sebagai pengganti ideal untuk menguruskan kelab tersebut.
Xavi mengakui agak sukar untuk dirinya menolak tawaran dari Barcelona sebanyak 2 kali, namun menjelaskan dia melakukannya kerana merasa masih belum tiba masa lagi.
“Saya menolak tawaran Barcelona sebanyak 2 kali. Ia disebabkan hal keluarga dan situasi profesional” kata Xavi kepada majalah Goal
“Tentu saja saya sukar menolak tawaran itu kerana saya peminat Barcelona, tapi sekarang bukan masa yang tepat.”
“Tawaran itu telah datang beberapa tahun lalu, tapi saya merasakan belum tiba waktunya. Barcelona datang bukan pada waktu yang tepat. Tidak perlu terburu-buru.”
Xavi baru sahaja melanjutkan kontraknya di Al Saad selama 2 tahun. Kontrak baru itu akan berakhir pada Jun 2023.
Selama melatih Al Saad sejak 2019, Xavi telah meraih kejuaraan Liga Qatar dan Piala Qatar pada musim lepas.
Perkembangan terbaru, Barcelona memilih untuk mengekalkan Koeman. Kontrak Koeman akan berakhir pada hujung musim 2022.
8 Urusan Jadikan Barcelona Pasukan ‘Terpaling’ Sibuk Masa Ini
Barcelona kini sudah mendapatkan Sergio Aguero dan Eric Garcia secara percuma. Kelab juga sudah mendapatkan hak milik Emerson Royal secara penuh selepas tamat perjanjian membenarkan permain itu berada di Real Betis.
Barcelona juga dalam proses akhir menandatangi Goergio Wijnaldum dan Memphis Depay. Kontrak Messi juga masih dalam proses perbincangan.