8 Urusan Jadikan Barcelona Pasukan ‘Terpaling’ Sibuk Masa Ini

Chelsea menewaskan Man City di Stadium Do Dragao, Portugal. Pasukan itu menang Liga Juara-Juara Eropah hasil jaringan tunggal Kai Havertz. Maka semua acara bola sepak di Eropah secara ‘rasmi’nya telah menutup tirai musim 2020/21.

Pada minggu hadapan peminat bola sepak dunia akan disajikan dengan kejohanan Piala Eropah yang akan berlangsung selama sebulan sebelum musim baharu tiba.

Selepas musim ini melabuh tirai, Barcelona menjadi pasukan paling sibuk. 3 pemain baharu telah dibawa masuk dalam tempoh 3 hari.

DAPATKAN AGUERO

Kontrak Aguero di Man City berakhir selepas bermain selama 10 tahun disana. Nama pemain berusia 33 tahun itu bakal terpahat dalam sejarah sebagai penyerang prolifik Liga Perdana Inggeris.

Aguero bermain sebanyak 384 kali dan mengumpul nama sebagai penjaring gol sebanyak 257 kali.

Sejak beberapa musim terakhir Aguero sudah mula bergelut untuk menjadi penyerang utama pasukan atas beberapa sebab termasuk kecederaan. Penyerang Argentina ini hanya menyumbang 1 gol dalam 14 bulan terakhirnya disana.

Akhirnya destinasinya baharunya adalah Barcelona.

Kehadirannya di Nou Camp dilihat tepat ketika kelab itu tidak mempunyai center forward tulen. Barcelona banyak bergantung kepada Leonal Messi dan Antoine Griezmann untuk berfungsi dibahagian tersebut. Martin Braithwaith menjadi pilihan ketiga.

Dengan adanya Aguero, Barcelona akan mempunyai pilihan yang baik.

DAPATKAN GARCIA

Sehari selepas itu Barcelona mengesahkan secara rasmi mengikat Eric Garcia. Pertahanan tengah muda skuad kebangsaan Sepanyol ini akan menyertai Clement Lenglet, Gerard Pique, Ronald Araujo dan Oscar Mingueza bagi mengukuhkan benteng pasukan.

Barcelona sudah memburu sejak musim lepas namun tidak berjaya mencapai kata sepakat dengan Man City. Barcelona berjaya membawa pulang bekas pemain remajanya ini selepas kontrak tamat.

Akhirnya Barcelona Dapat Eric Garcia Secara Percuma

MILIKI HAK EMERSON DAN MAHU WIJNALDUM

Tidak terhenti disitu, giliran Barcelona mendapat hak untuk memiliki pertahanan kanan Brazil, Emerson Royal.

Barcelona dan Real Betis membeli pemain ini secara ‘tonton’ kerana faktor ekonomi dengan harga sekitar €12 juta. Betis bayar separuh, Barcelona bayar separuh kepada Atletico Mineiro.

Betis mempunyai hak selama 2 tahun setengah dan Barcelona akan membayar balik duit Betis selepas tempoh tersebut. Barcelona membayar €9 juta dan Emerson kini menjadi pemain tetap Barcelona.

Barcelona juga dalam proses akhir untuk mendapatkan pemain baharu ke-4. Gini Wijnaldum bakal menyarung jersi kelab itu sehingga tahun 2024 selepas tidak menyambung kontrak di Liverpool.

SETERUSNYA DEPAY

Kepakaran Barcelona mengintai pemain percuma diteruskan dan mereka sedang berusaha mendapatkan penyerang utama Belanda, Memphis Depay. Bagaimanapun ia masih dalam rundingan kerana Depay mahuRonald Koeman kekal di Barcelona.

KOEMAN, MESSI DAN COUTINHO

Urusan mendapat Depay agak terkait dengan kelab yang sedang menilai posisi Koeman di Barcelona. Barcelona perlu membayar dengan harga mahal jika tidak lagi mahu menggunakan khidmat Koeman.

Gaji Koemen sekitar €8 hingga €9 juta semusim dan kelab perlu membayar pampasan sekitar €33 juta. Ia sukar berlaku kerana kewangan kelab masih tidak kukuh.

Masa depan Lionel Messi juga menjadi tajuk agak panjang namun rakan baiknya, Aguero yakin pemain itu akan kekal dan bermain bersamanya. Messi merupakan penerima gaji paling mahal, menerima €1.4 juta seminggu iaitu hampir 2 kali ganda dari pemain yang menerima gaji ke-2 tertinggi, Grieamann.

Urusan ke-8 atau yang terakhir, Barcelona berhasrat menawarkan Phillips Countinho ke Liverpool bagi menyelesaikan baki hutangnya di Liverpool. Sehingga kini ia dilihat tidak akan berlaku tetapi sekurang-kurangnya Barcelona mencuba kot-kot dapat.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di