TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di Barca untuk membincangkan soal mahu kekal.

Xavi pada pertengahan musim ini mengumumkan bahawa dia akan meninggalkan Barca pada akhir musim ini.

Namun prestasi Barca sejak itu telah meningkat naik sehinggalah mereka menang di Paris ke atas PSG.

Kemudian Barca mula serius mahu Xavi terus kekal. Malangnya Xavi ketika itu berkata dia tak akan berganjak dengan keputusannya. Walaupun mereka menang UCL sekalipun akhir musim ini.

Selepas menelan dua kekalahan berturut turut, di tangan PSG dan Madrid. Di mana Barca tersingkir dari UCL dan semakin jauh daripada kejuaraan La Liga, kini Barca sedia untuk kekal di kelab itu.

Laporta dan Deco benar benar mahukan Xavi mengubah keputusannya agar terus kekal. Rundingan pada awalnya amat rumit. Dan Barca mengakui mereka turut mempertimbangkan beberapa calon lain.

Barcelona mempertimbangkan banyak perkara untuk mengekalkan Xavi. Antaranya adalah isu kewangan. Di mana kelab itu mahu menjimatkan wang. Mereka memilih untuk mengekalkan Xavi berbanding membayar kontrak yang mahal kepada pengurus baharu yang berkelas dunia.

Seterusnya, Xavi juga memiliki reputasi sangat baik membangunkan pemain pemain muda Barca yang ada. Ramai bintang muda melonjak naik nama mereka di bawah kendalian Xavi.

Baca yang lain