Pemain Leeds Sukarela Ditangguhkan Gaji, Birmingham Mohon Potongan 50% Dan Kelab Lain Bakal Menyusul

Pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris kelihatan akan bersetuju untuk menangguhkan gaji mereka kerana masalah yang dihadapi kelab yang tidak mampu menjana pendapatan akibat kesan dari virus Covid-19.

Semua perlawanan bola sepak di England sudah digantung sehingga 30 April, terdapat beberapa kelab bimbang tentang pendapatan pasukan mereka.

Kelab-kelab ini akan mengadakan perbincangan dengan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional mengenai masalah tersebut.

Bagaimanapun 20 kelab utama perlu berbincang terlebih dahulu dengan para pemainnya sama ada mereka bersetuju dengan langkah-langkah penangguhan gaji atau sebagainya.

Kelab-kelab ini juga dijangka akan melihat perjalanan aliran tunai mereka secara kolektif sebelum membuat sebarang keputusan.

Adakah wang kutipan tiket bermusim akan dipulangkan jika dimainkan dalam stadium tertutup?

Terdapat penjimatan yang perlu dilakukan kerana pasukan telah hilang kutipan tiket dan pendapatan lain pada hari perlawanan.

Jika liga berjaya disambung semula, kelab dijangka akan bermain dalam stadium tertutup tanpa penyokong.

Menurut salah seorang eksekutif kelab bola sepak, pasukan membelanjakan banyak wang untuk gaji para pemain berbanding gaji kakitangan biasa dalam pasukan.

Walaupun sesetengah sumber mengatakan pemain tidak akan gembira dengan langkah ini, tidak mendapat gaji penuh. Namun perkara tersebut dijangka tidak dapat dielakkan.

Pemotongan atau penangguhan akan berlaku.

Pemilik Liga Perdana telah melihat beberapa pemain telah sanggup menerima tangguhan gaji mereka.

Leeds United yang berada di Championship telah mengumumkan bahawa para pemain dan kejurulatihan mereka bersetuju untuk menangguhkan gaji mereka.

Pujian harus diberikan kepada staf kejurulatihan dan para pemain Leeds kerana meletakan kelab dihadapan

Ia bagi membolehkan gaji kakitangan biasa dalam kelab yang lebih murah terus dibayar.

Pengurus pasukan Leeds, Marcelo Bielsa dan pemainnya akan melepaskan sebahagian gaji mereka untuk membolehkan 272 kakitangan di kelab terus mendapat gaji.

Pemain kami telah menunjukkan semangat perpaduan dan kebersamaan yang luar biasa. -Kata pengarah bola sepak Leeds, Victor Orta

Kepada Marcelo, kakitangannya dan semua pemain, kami berterima kasih kerana mereka meletakkan kepentingan pasukan lebih utama dan menganggapnya seperti keluarga.

Leeds kini sedang memimpin carta Championship dengan kelebihan 7 mata di hadapan Fulham yang berada di tangga ke-3.

Pasukan ini sedang mengintai slot ke Liga Perdana Inggeris pertama sejak 17 musim.

Selain dari penangguhan jadual perlawanan di Elland Road, Leeds berkata mereka turut kehilangan pendapatan pada hari perlawanan melalui aktiviti yang mereka lakukan.

Sebelum itu pasukan Birmingham City telah meminta pemain mereka menangguhkan/memotong separuh dari gaji mereka selama 4 bulan akan datang.

Birmingham City sedang mengadakan perbincangan dengan pemain bagi memotong 50% gaji

Yorkshire merupakan kelab terbaru yang mengumumkan langkah penurunan gaji sementara itu Forest Green Rovers mengatakan mereka akan menggunakan skim bantuan dari kerajaan untuk membayar gaji semua kakitangan mereka.

Leeds percaya wang dijimatkan melalui tanguhan gaji dari jurulatih dan pasukan membolehkan majoriti kakitangan lain terus boleh dibayar.

Kami menghadapi masa yang tidak menentu dan oleh itu penting bagi semua bekerjasama untuk mencari jalan supaya kelab dapat mengharungi tempoh ini.

Kesan Covid-19 bukan hanya dirasai di England. Barcelona masih dalam perbincangan dengan pemain mereka tentang potongan gaji sebanyak 70%.

Baca yang lain