Beego: Peminat Tak Bagi Kami Duit

Selepas seakan akan reda isu perang di antara netizen dengan artis, Beego pula tampil membangkitkan semula kehangatan.

Beego menegaskan bahawa beliau terasa terkilan dengan komen yang dia baca di media sosial. Di mana kecaman teruk ditujukan kepada artis.

Sampai ada yang buat karikatur sampan nak buang artis daripada sampan. Itu yang membuatkan Beego sangat marah.

Beego juga menegaskan bahawa, dia tidak pernah bergantung kepada peminat untuk meneruskan kelangsungan hidupnya.

Sebaliknya, mereka yang paling penting dan setia bersamanya adalah keluarga dan sahabat, bukannya para peminat.

Dalam entri yang agak marah, Beego berkata: “Kamu silap. Selama ini kami survived bukan kerana peminat. Peminat tak bagi kami duit.”

“Pengikut Instagram saya tak ramai. Siapa selama ini ada bersama saya? Kawan-kawan dan keluarga,” jelasnya lagi.

Beego berkata sedemikian selepas bengang mendengar netizen menyatakan, tanpa peminat siapalah artis?

Ini kerana menurut netizen, peminatlah yang memberikan artis duit dengan menonton filem mereka, membeli album, melanggan lagu di saluran digital sertai membantu artis menjadi popular di pelbagai platform lagi.

Bagi Beego, mereka yang terus mengecam artis adalah mereka yang tidak sensitif dan tidak sedar akan jasa artis kepada masyarakat.

Paling Beego kecewa, ada saudara maranya pun tumpang sekaki mengutuk artis. Ini yang membuatkan dia terasa hati dan ada di kalangan saudaranya yang dia unfriend.

“Tiga empat hari ni penuh orang komen pasal Persatuan Seniman Malaysia dan artis Malaysia.”

“Aku tahu bukan semua yang netizen maksudkan, aku faham… Yang aku tak fahamnya ada saudara mara yang nak juga jadi netizen tanpa ada sensitiviti yang mungkin aku ni boleh terasa juga sedikit sebanyak.”

“Sebab gelaran artis tu terpalit pada aku yang dah suam-suam kuku ni.

“Jangan tanya kenapa aku unfriend pastu jumpa tengok muka korang pun aku tak nak.

“Aku hanya manusia lemah… ingat, cubit peha kanan, kiri terasa,” tulis Beego.

Berkaitan dengan karikatur sampan yang dibuat oleh netizen, Beego berkata:

“Balun artis kaw kaw, lepas tu ada karikatur sampan berat, nak buang sapa dulu? Buang artis.. ni!”

“Korang bbuang tv, radio, aplikasi muzik, semua, janga ada apa apa yang berunsurkan hiburan dan artis lokal atau antarabangsa, baru la tawaduk, istiqamah dan zuhud.”

“Sembang Melayu, luahan hati insan bernama Mat Kelubi, bukan saya, sekian.”

“Siapa yang rasa diri tu artis, lepas ni aku sarankan jangan layan siapa siapa yang nak bergambar atau berkaitan. Jangan risa korang punya live show, hosting, tv program rating tetap lepas PKP, in syaa Allah, Persatuan Seniman Malaysia.”

“Aku tak campur, aku bagi saranan je, huhu.”

Baca yang lain