Sebuah laman peminat Martial Arts merupakan platform yang banyak berkongsi tentang seni mempertahankan diri.
Dan satu video silat yang sudah lama, telah menarik perhatian ramai. Di mana video pendek itu memaparkan bagaimana serangan balas dilakukan dalam silat yang penuh tangkas dan cepat menggunakan kaki.
Gerakan tersebut menurut mereka sangat laju daripada posisi berdiri/ standing position, lalu melepaskan side kick yang pantas.
Self-defense technic pic.twitter.com/flAtSwxjRe
— Martial Arts (@martiaI_arts) May 28, 2021
Beberapa komen telah menarik perhatian kami. Miky berkata: “Wah cukup sempurna. Tak pernah menjangka pun tendangan seperti itu datang.”
Que perfección 😮👌🏾 nunca vio llegar esa patada
— Miky (@Miky_Einar) May 29, 2021
Seorang lagi netizen menyatakan gerakan itu bukan lagi mempertahankan diri, tetapi serangan balas. Dia berkata demikian kerana tak sempat pun lawan dia menyerang dah hinggap kaki kat dada.
Not a self-defense but a counter-attack 😉
— Sofiane Alley (@MoOn_DarkSideR) May 28, 2021
Seorang netizen mengklaim dirinya sebagai kawan kepada pesilat Malaysia itu menyatakan bahawa pesilat tersebut turut kagum dengan gerakan itu.
That girt got that kick was my friend.. Its her first time being in National team (Malaysia).. Thanks for good game.. She got a very good experience n really amazed.
— ZattyHijaw (@ZaTtY_HiJaW) November 8, 2018
Nama pesilat tersebut ialah Wewey Wita yang merupakan jaguh silat Indonesia. Dia sudah beberapa kali menyumbangkan pingat kejuaraan buat negaranya.
Wewey Wita memang dikenali dengan sepakan pantasnya. Sehingga dia digelar ‘The Lightning Kicker’.
Namanya mulai menjadi perhatian netizen selepas menewaskan pesilat Malaysia dengan tendangan sepantas kilat tersebut. Video itu dikongsikan ESPN dan telah tular di seluruh dunia.
Wewey Wita of Indonesia throws one kick ☝🏼 (Silat) pic.twitter.com/5dRGfaHuKy
— Hallyu Website (@HallyuWebsite) September 23, 2018
Itu bukanlah pertama kali Wewey Wita melancarkan serangan laju dengan sidekick. Malah dia melakukan perkara serupa ke atas peserta Thailand dan beberpa pesilat lain.
Wewey Wita lahir pada 13 Februari 1993 di Tangerang, Banten, Indonesia. Namun Wewey membesar di Bandung. Nama sebenar Wewey ialah Yo Chu Wey, yang bermaksud nombor 1.
Wewey Wita, Peraih emas ke 30 Indonesia. Selain itu tulisannya juga baguuus. pic.twitter.com/i6ds9BqLMo
— Anang (@anangsyaifulloh) August 31, 2018
Namun ketika bersekolah dia menggunakan nama Wewey Wita yang terus digunakannya sehingga kini.
Dia mula belajar silat sejak kecil lagi walaupun awalnya ibu bapanya lebih suka Wewey menceburi bidang peragaan berbanding silat.
Tulisan yang sangat inspiratif dari Srikandi asal Ciamis: #WeweyWita.
Pencak Silat Memeluk Semua Yang Mencintainya – Wewey Wita (Yeo Chuwey)https://t.co/yGRF6fiWFQ pic.twitter.com/nVkNlHp1ip
— NetizenAnon (@netizenanon) August 31, 2018
Namun Wewey belajar silat secara sembunyi sembunyi. Dia hanya kantoi ketika ibu bapanya melihat ada trofi silat di dalam biliknya. Dan selepas itu mereka memberikan sokongan kepada Wewey.
Dia merupakan nama besar dalam silat Indonesia. Di mana dia memenangi 2 kejuaraan dunia pada 2012 dan 2015. Seterusnya memenangi emas Sukan SEA pada 2017 di Kuala Lumpur – sebelum itu dia gagal menang emas dalam 2 penyertaannya.
Pada 2018, Wewey menang sekali lagi dalam solat tanding di negaranya sendiri.
Selain berpelukan bersama, Presiden Jokowi mengajak Prabowo Subianto dan pesilat peraih medali emas Wewey Wita nge-vlog #AsianGames2018 #EnergyofAsia pic.twitter.com/J6hRaW5gzT
— Liputan6.com (@liputan6dotcom) August 29, 2018
Seni silat dan juga pencak silat merupakan seni yang menjadi kebanggaan Indonesia dan Malaysia. Dan seni mempertahankan diri itu telah diiktiraf oleh UNESCO.