Logan Paul Yakin Dapat Lanyak Mike Tyson Kerana Dia Dah Tua

Logan Paul nampaknya telah mencabar Mike Tyson untuk bertinju dengannya di dalam gelanggang. Dia mendapat motivasi itu selepas apa yang dia anggap kemenangan moral berhadapan dengan Floyd Mayweather.

Di mana Logan mengklaim dia pemenang dalam pertarungan itu kerana Mayweather ternyata tidak mampu menewaskannya dengan KO. Dalam pertarungan itu, Mayweather harus melakukan KO ke atas Logan dalam lapan pusingan, atau pertarungan dikira seri.

Logan Paul berharap media memberikan lebih kredit kepada kehebatannya dalam bertinju dengan petarung dengan rekod 50-0 seperti Mayweather.

Mike Tyson baru baru ini memberikan bayangan mahu kembali semula ke ring selepas aksi pertunjukkan menentang Roy Jones Jr yang turut berakhir seri.

Dan ada yang mencadangkan agar pertarungan seterusnya adalah antara Tyson dan Logan Paul.

Logan Paul ternyata berminat untuk membelasah Tyson dengan menegaskan dia yakin akan menewaskan Tyson kerana petinju itu sudah rtua.

“Ada orang sebut nama Mike Tyson? Kelakar kan? Dulu memang dia terhandal. ”

“Peguam saya mendengar cadangan ini dan dia kata, jangan Tyson akan hancurkan kepala kamu, kamu tak akan ada peluang.”

“Saya seperti: ‘bro, saya baru sahaja melalui perkara seperti ini selamat ini, jangan pula awak kata saya tak boleh tewaskan Mike Tyson. Dia dah tua bro, TUA!’.”

Sebelum ini Tyson ternyata terkejut dengan aksi Logan ketika petinju YouTuber itu berjaya melancarkan beberapa serangan ke atas Mayweather. Iron Mike yang pernah digelar lelaki paling jahat di muka bumi mengakui dia tersilap tentang Logan.

Tyson menghubungi Logan selepas pertarungan itu: “Kau berjaya antam [hantam] punggung dia bah itu bro, jahatnya kau ni bah. Sa [aku] minta maaf sama kau bah.”

“Sa bangga sama kamu, kamu mampu tumbuk dia, bangga sa di sini. Semua orang sedang bercakap tentang kau bah itu. Kau memang hebat.”

“Kau berjaya kekal sampai enam round bah itu menentang petinju terhebat sepanjang zaman. Sa ada nasihatkan ging ging [geng geng] aku, kamu jangan sesekali mencuba teknik itu [merujuk kepada aksi berani Paul], bole maninggal kalau kana [kena],” tambah Mike Tyson dalam bahasa sedikit keSabahan.

Baca yang lain