Analisis Penalti Rashford: 11 Saat Diambil, Tekanan Final Menterbalikkan Pola Penalti

Seorang penganalisis dari laman The Tactical Times, Geir Jordet membuat analisis tentang penalti Rashford dari segi tekanan, dan masa yang diambil pemain itu.

Analisis Geir Jordet

11 saat. Itulah masa yang diambil Marcus Rashford. Tidak ada pemain yang pernah berdiri begitu lama sebelum tendangan penalti dalam kejohanan besar dilakukan (selama 45 tahun)!

Masa apakah yang dihabiskan setelah wisel pengadil — adakah itu merujuk kepada prestasi di bawah tekanan?

Dari segi sejarah, kecepatan mengambil penalti boleh dikaitkan dengan usaha untuk melepaskan tekanan dan meluru untuk mendapatkan hasil sepakan yang berkualti. Dalam 3 penentuan penalti sebelum perlawanan final dalam Euro kali ini:  Pemain yang mengambil masa lebih lama akan menjaringkan lebih banyak gol berbanding pemain yang sebaliknya.

Namun dalam aksi final antara Itali dan England ianya terbalik! Di mana pemain pemain yang miss adalah lebih banyak mengambil masa selepas wisel ditiup oleh pengadil.

Ianya jelas sekali menunjukkan bahawa, di final, pemain yang lebih cepat mengambil penalti mencatatkan peratusan kejayaan lebih tinggi.

Jadi apa yang telah mengubah pola ini?

Pemain yang menjaringkan gol mengambil masa 2.5 saat secara purata. Harry Kane mengambil masa 5 saat manakala Harry Maguire 4.5 saat – dua pemain ini merupakan pemain paling lama mengambil masa dari kalangan pemain yang menjaringkan gol.

Seterusnya untuk mereka yang gagal pula, Rashford mengambil 11 saat, Belotti 7 saat — menjadikan mereka berdua sebagai pemain paling lama mengambil masa selepas wisel.

Rashford merupakan pemain yang sentiasa mengambil masa lama untuk melakukan sepakan penalti. Beliau melakukan 12 penalti menjelang Euro dan menjaringkan 10 daripadanya. Dia melakukan purata sekitar 5.7 saat. Paling cepat 3 saat dan paling lambat 8 saat.

Final tekanan berbeza

Namun dalam aksi final adalah yang paling lama dengan 11 saat. Itu rekod dunia yang baru! Kenapa dia menunggu begitu lama?

Satu jawapannya adalah TEKANAN! Tekanan final. 55 tahun penantian yang menyakitkan. Di Wembley! Dimasukkan sangat lewat dalam perlawanan. Di mana Alan Shearer sendiri menyatakan bahawa Southgate memberikan tekanan tambahan yang tidak sepatutnya kepada Rashford dan Sancho.

Rashford terlalu banyak mengambil masa untuk membuang tekanan sehingga menjadi overthinking!

Di mana dia sukar mendapat tempat dalam perlawanan sebelum ini. Dia mungkin berkata dalam hati: “Penalti ini mungkin satu satunya perkara yang orang nak saya sumbangkan kepada pasukan ini.”

Rakan dia yang lain sudah melakukan tugasan mereka sebelum ini [mara sehingga ke final. Ini termasuk contohnya, Pickford yang menyelamatkan penalti Jorginho untuk menafikan kemenangan Itali lebih awal]. Sekarang bergantung kepada Rashford, sama ada beliau akan memastikan semua orang akan mendapat habuan atas usaha mereka.

Ini mungkin sepakan paling penting dalam hidup Rashford. Dia tahu ada sesuatu yang kurang menyenangkan iaitu tekanan. Dia mengambil masa untuk menyerap tekanan tersebut. Ketika melakukan larian, dia mahu membuang tekanan itu, dan malangnya dia tidak mendapat hasil yang dia mahukan.

Alan Shearer: Southgate memberikan tekanan tambahan

Shearer berkata: “Itu adalah permintaan yang sangat besar. Kamu memasukkan dua pemain dengan hanya seminit sahaja tinggal aksi di atas padang dan berkata kepada mereka: ‘kamu berdua akan mengambil penalti untuk kita’.”

“Pemain kamu memang sudah dalam tekanan, dan kamu meletakkan tekanan tambahan kepada pemain yang langsung tidak merasai bola atau bola sepak pada malam itu, tidak terlibat dalam perlawanan langsung.”

“Dan kamu meletakkan mereka dalam situasi itu, meminta sesuatu yang besar.”

Namun Rio Ferdinand tidak setuju dengan Alan Shearer. Di mana menurut Ferdinand bahawa sudah dari dulu lagi ada pengurus yang memasukkan pemain hanya untuk tugasan penalti.

“Itu sudah berlaku lama dah, ramai pengurus yang memasukkan pemain untuk tugasan penalti.”

“Mungkin tak selewat ini, tapi biasanya memang hujung hujung sebelum penalti, dalam 5, 4, atau 3 minit sebelumnya. Pemain pemain ini masuk ke padang untuk mengambil penalti sebab mereka memang sudah dikenali sebagai pelaksana penalti.”

“Rashford memang dikenali sebagai pelaksana penalti di Man United. Perkara seperti ini [gagal sempurnakan penalti] memang biasa. Kita tengok beberapa tahun kebelakangan ini, ramai pemain nama besar yang gagal menyempurnakan penalti.”

“Mereka ini pemain muda, kalau imbas kembali ke masa lalu, pemain nama besar, Roberto Baggio misalnya, pun gagal sempurnakan penalti.”

Shearer membalas balik jawapan Ferdinand itu dengan berkata: “Maksud saya, apabila kamu tidak memainkan peranan besar dalam temasya ini Rio, ataupun dalam perlawanan ini. Kemudian kamu dimasukkan dan meminta kamu melakukannnya seminit sebelumnya.”

“Secara mentaliti, kamu harus memastikan kamu benar benar dalam situasi yang tepat. Kamu tak sepak bola langsung dan duduk bersandar selama 3 jam.”

Ternyata final adalah tekanan yang berbeza! Kesemua pemain England mengambil masa yang agak lama untuk melakukan sepakan. Hanya Harry Maguire dan Harry Kane yang masuk.

Secara rumusannya, Rashford telah menggunakan masa yang ada untuk mengatasi tekanan. Namun pada masa yang sama, mengambil masa terlalu lama akan membuatkan pemain overthinking dan menambah lagi tekanan. Berbanding dengan mengambil masa yang secukupnya dan terus fokus mengawal keadaan yang kamu hadapi. Menghela beberapa nafas, fokus kepada tugasan dan percaya keapda teknik sepakan kamu.

Masa memang sangat mempengaruhi tekanan dan ianya juga kerana prestasi. Ada yang mengatasi tekanan dengan mempercepatkan larian mereka. Ada yang menyerap tekanan itu, dan menunggu masa yang tepat ketika bersedia barulah mereka melakukannya.

Segalanya berkaitan dengan emosi dan disiplin. Itulah bola sepak.  Sukar untuk dijelaskan..

Baca yang lain