Play Off Piala Dunia: Itali Dan Portugal Di Laluan Sama

Portugal dan Itali diundi berada di laluan yang sama dalam pusingan kelayakan penentuan / play off Piala Dunia 2022.

Ini bermakna kedua dua pasukan tidak boleh mara bersama. Sama ada salah satu tersingkir ataupun kedua duanya tersingkir.

Sebelum ini kedua dua pasukan mempersiakan peluang untuk mara secara automatik. Dan kesannya, kedua dua pasukan terpaksa bermain di play off yang sukar.

Terdapat 12 pasukan pasukan yang beraksi di play off untuk zon Eropah kali ini. Dan ini adalah hasil undian yang baru disahkan:

Itali pastinya mahu memgelak daripada kegagalan buat dua edisi berturut turut selepas gagal dalam edisi Piala Dunia 2018.

Itali tampil selaku juara Eropah yang baru. Mereka kini terpaksa berdepan dengan realiti pahit berdepan Utara Macedonia.

Portugal pula akan berhadapan dengan pasukan Turki yang merupakan lawan yang sangat sukar.

Dan jika masing masing menang, mereka akan berdepan dengan satu sama lain dari laluan C.

Adakah Piala Dunia 2022 bakal tanpa Ronaldo ataupun juara Eropah 2020?

Peminat Nerrazzuri pastinya tidak mahu pasukan mereka terlepas Piala Dunia sekali lagi

Sementara itu, kapten legenda Portugal, Cristiano Ronaldo pula pastinya tak mahu terlepas Piala Dunia yang mungkin menjadi edisi terakhir dalam penampilannya.

Baca yang lain