Itali Tak Layak, Jorginho Masih Ada Brazil Untuk Disokong Pada Piala Dunia 2024

Pemain tengah Itali Jorginho mengakui akan menyokong pasukan kebangsaan Brazil pada Piala Dunia 2022 kerana Itali yang terciduk tak layak untuk dua edisi berturut turut.

Pemain tengah Chelsea, Jorginho hanya akan menonton Piala Dunia Qatar 2022, selepas pasukan kebangsaan Itali tidak layak ke acara besar selama empat tahun itu.

Jorginho ibarat De Paula cawangan Itali kerana dia merupakan pemain naturalisasi. Jorginho agak malang kerana tidak pernah beraksi dalam Piala Dunia.

Itali gagal layak kerana tewas kepada Macedonia Utara pada separuh akhir play-off Kelayakan Zon Eropah Piala Dunia 2022.

Namun selaku peminat, Jorginho masih ada pasukan yang dia harapkan iaitu negara kelahirannya, Brazil.

Pemain berusia 30 tahun itu menjadi rakyat Itali atas syarat permastautin tetap di negara itu. Itali antara negara yang sangat sukar memberikan kerakyatan kecuali seseorang itu ada rekod tinggal di negara itu pada tempoh sangat lama dan tidak pernah melakukan kesalahan atau jenayah berat.

Jorginho sudah tinggal di Itali sejak dia berusia 15 tahun lagi. Dia menjadi pemain penting untuk pasukan Napoli pada era Maurizzio Sarri.

Dikenali dengan keupayaan melakukan hantaran jauh yang tepat serta keupayaan melakukan penalti yang bertaraf dunia, nama Jorginho terus meningkat naik.

Kariernya terus berkembang apabila Jorginho menyertai Chelsea dan menjadi juara Eropah bersama kelab London itu. Dia membantu Itali memenagi Euro 2020. Dan pernah dianggap sebagai pesaing untuk Ballon d’Or.

Malangnya, dalam kempen kelayakan Piala Dunia, nasib Itali berbeza sama sekali. Mereka gagal sekali lagi ke Piala Dunia 2022 selepas kegagalan pada 2018.

Jorginho berkata: “Saya harap saya boleh berada di sana, tetapi malangnya, kami tidak akan berada di sana.”

“Jadi, sudah tentu, saya akan memilih Brazil sebagai pasukan pilihan.”

“Saya akan menyokong mereka dan mari kita lihat apa yang berlaku,” kata Jorginho lagi.

Brazil memang menjadi pilihan untuk memenangi Piala Dunia kali ini selain pasukan seperti Argentina. Dua pasukan Latin ini benar benar konsisten berbanding dengan pasukan lain.

Ramai bintang Brazil yang beraksi di Eropah, termasuk Neymar, Richarlison, Raphinha dan ramai lagi la.

Baca yang lain