Klopp: Selamat Kembali Ings, Anfield Teruja Menantimu

Jurgen Klopp sudah tak sabar nak mengalu alukan kepulangan semula Danny Ings ke Anfield dalam aksi Liga Perdana Inggeris minggu ini.

Liverpool dalam usaha untuk menamatkan penantian 30 tahun kejuaraan liga mereka. Dan lawan mereka hari ini adalah Southampton yang memiliki salah seorang penggempur paling biasa di EPL musim ini, iaitu Danny Ings.

Pemain penyerang yang dianggap oleh Klopp sebagai ‘wonderful’. Dan Klopp berharap barisan pertahanan Liverpool berjaya untuk mengekang Danny Ings yang sedang dalam prestasi terbaik.

Selain daripada itu Klopp menyatakan bahawa beliau sangat gembira untuk bertemu dengan Danny Ings sekali lagi.

Ings menghadapi masa yang sukar di Liverpool. Beliau berhadapan dengan kecederaan panjang selepas beraksi dengan cemerlang.

Ings kemudian terpaksa meninggalkan Anfield untuk menyelamatkan kariernya dalam pasukan antarabangsa England.

Ings berpindah secara pinjaman ke Southampton pada Ogos 2018. Dan kemudian memeterai perjanjian tetap. Klopp awalnya keberatan untuk melepaskan Danny Ings.

Namun atas pertimbangan demi kebaikan pemain tersebut, maka Klopp melepaskan Danny Ings.

Musim ini menjadi antara musim terbaik di dalam kariernya. Pemain berusia 27 tahun itu sudah menjaringkan 14 gol dalam 24 perlawanan musim ini.

Menjadi pemain penting penting dalam usaha mereka mendaki menjarakkan diri daripada penyingkiran.

Beliau kini dalam senarai penyerang sensasi di EPL. Dan kemungkinan besar akan menyertai skuad Gareth Southgate untuk kempen Euro 2020.

Klopp gembira dengan apa yang berlaku di dalam karier Ings musim ini. Dan belia memuji prestasi pemain itu.

Menurut Klopp kesemua pemain lain di Liverpool mengikuti perkembangan Ings dan kesemua mereka gembira dengan apa yang sedang berlaku musim ini.

“Kesemua orang di sini gembira dengan prestasi Danny Ings. Dan bagi kami beliau masih lagi budak / orang kami.”

“Kami raikan setiap gol beliau musim ini kecuali perlawanan esok [hari ini].”

“Untuk perlawanan menentang kami, sudah pasti kami tak mahu mengharapkan beliau mengganas. Beliau adalah manusia yang sangat hebat.”

“Ings tidak mempunyai masa yang banyak di sini untuk membuktikan dirinya. Nama beliau meninggalkan kami atas sebab yang sangat bagus. Keputusan beliau untuk pergi ke Southampton adalah sempurna.”

“Beliau memerlukan sedikit masa untuk mendapatkan kembali rentak permainannya.”

“Kami gembira untuk melihat beliau esok. Dan kami mendoakan beliau agar menikmati musim terbaik dan sepanjang kariernya, kecuali bukan esoklah.

Danny Ings sebelum ini ada bercakap tentang hubungan istimewanya dengan Anfield, terutama sekali kakitangan perubatan yang banyak membantunya untuk kembali pulih dan cergas.

Klopp mengakui Ings memang seorang yang sangat mesra dan rapat dengan semua orang termasuk kakitangan perubatan, serta staf yang lain.

Beliau senang didekati oleh semua orang.
Klopp juga memuji Ings sebagai seorang yang sangat positif walaupun ramai yang meragui beliau akan kembali kepada prestasi terbaiknya.

Baca yang lain