AFC Imbas Hatrik Lucero Dan Double Dari Alex Pada 2016

AFC menyiarkan semula rangkuman hatrik Juan Martin Lucero dan juga dua gol oleh Azamuddin Akil dalam pentas Piala AFC edisi 2016.;

Johor Darul Ta’zim (JDT) ketika itu mengesahkan mereka mara ke suku akhir apabila membelasah Kaya FC dari Filipina 7-2 pada saingan pertama 16 pasukan terbaik Piala AFC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.

Juan Lucero menjaringkan hatrik buat JDT menerusi satu jaringan pada babak pertama sebelum menambah dua lagi jaringan pada babak kedua.

Azamuddin Akil turut mencipta dua gol masing-masing pada minit ke-32 dan 40 sebelum digantikan S Chanthuru.

Jorge Pereyra Diaz dan Mahalli Jasuli turut mencetak nama selaku penjaring masing-masing pada babak pertama dan kedua.

Gol pelawat diperoleh pada minit ke-53 menerusi Jose Elmer Porteria dan Antonio Ugarte dua minit sebelum tamat.

Ini merupakan salah satu aksi terbaik Lucero dan Alex bersama JDT.

Jangan dilupa, Jorge Pereyra Diaz memainkan peranan sangat besar dalam playmakin.

Musim 2016 memang musim untuk Diaz-Lucero dengan prestasi cemerlang mereka. Sayang sekali penyokong JDT hanya melihat gandingan ini sekejap sahaja.

Jom imbas kembali gais:

Baca yang lain