Ajax Tuduh Sevilla Ambil Kesempatan Jual Ocampos Mahal €20 Juta

Rundingan di antara Ajax dan Sevilla untuk perpindahan Lucas Ocampos dilaporkan menemui kegagalan.

Rundingan sebelum ini sudah memasuki fasa akhir di mana Ajax sudah berunding dengan Ocampos untuk terma peribadi.

Ocampos antara pemain yang dianggap calon terbaik menggantikan Antony. Dia memiliki kemampuan menggunakan kedua dua kakinya.

Tetapi Ajax kecewa apabila Sevilla dilaporkan cuba meminta mereka membayar wang yang terlalu mahal iaitu €20 juta.

Ajax mengesyaki Sevilla cuba mengambil kesempatan ke atas mereka kerana mengetahui mereka baru menerima €100 juta untuk penjualan Antony.

Menurut Mundo Deportivo, Ajax telah menghentikan serta merta rundingan dengan kelab Sepanyol itu.

Sevilla merasakan bahawa mereka akan dapat menjual Ocampos dengan €20 juta dan sudah sedia membeli Adnan Januzaj dari Real Sociedad.

Mundo Deportivo menyatakan bahawa Ajax setuju untuk membayar €20 juta tetapi mereka merumitkan cara pembayaran kerana mahukan jaminan.

Lebih pening Ajax terkejut kerana pemain itu dikatakan sudah pulang semula ke Sevilla. Dipercayai kecewa dengan cara Ajax berunding dengan Sevilla dalam perpindahan itu.

Ini bermakna Ajax masih gagal mencari pengganti Antony pada hari terakhir perpindahan.

Mereka sebelum ini tidak meneruskan rundingan dengan Chelsea untuk mendapatkan Hakim Ziyech atas alasan yang sama.

Di mana Ajax menuduh Chelsea seperti cekik darah meminta €40 juta untuk Ziyech.

Ziyech antara pemain yang sudah memberitahu Tuchel bahawa dia terbuka untuk meninggalkan The Blues.

Baca yang lain