Analisis: Guardiola Pernah Jelaskan Kenapa Messi Suka Melenggang Jadi Pemantau Padang

Lionel Messi antara pemain yang genius dalam bola sepak. Di sebalik rekod 7 Ballon mikiknya, pemain itu tetap tidak lari daripada kritikan.

Pernah beberapa kali dia dikritik kerana dianggap malas di atas padang. Hanya berjalan jalan dan melenggang.

Adakah ianya membuktikan bahawa Messi memang pemain yang malas? Sebenarnya andaian itu tak tepat

Seorang penganalisis bebas telah menjelaskan kelakuan Messi tersebut. Di mana analisis tersebut menyatakan bahawa Messi berjalan di atas padang bukan kerana dia malas.

Pertama, ia adalah salah satu caranya untuk menjimatkan tenaga di atas padang. Dan, kedua ianya berkaitan dengan fungsi kecerdasan taktikalnya.

Pep Guardiola sebenarnya pernah menejlaskan perkara tersebut. Ketika Messi sedang berjalan jalan seperti tengah mencari kasut di Pavilion, dia sebenarnya turut memerhatikan pergerakan lawan, arah bola, dan celah-celah yang boleh ditembusi.

Ini dipanggil scanning. Aspek permainan yang sangat penting yang dalam setiap pemain bola sepak profesional.

Scanning

Arsene Wenger pernah menjelaskan bahawa seorang pemain yang bagus akan melakukan scanning secara purata 7 hingga 8 kali dalam seminit.

Mereka sentiasa mengimbas keadaan di sekeliling seperti komputer berdasarkan persepsi, pengalaman, dan juga untuk membuat langkah seterusnya iaitu membuat keputusan.

Scanning dan pembangunan bakat muda

Scanning seharusnya menjadi salah satu silibus penting dalam pembangunan bakat muda.

Wenger sendiri menyatakan perkara ini boleh dibentuk. Namun kena dibuat pada peringkat akal umbi.

Wenger berkata: “Masalah besar dalam bola sepak apabila kamu belajar perkara yang salah. Bola sepak sepatutnya diajar melalui proses: Pertamanya, eksekusi; kemudiannya, keputusan yang mahu diambil: dan ketiha adaah persepsi.”

“Saya hilang ramai pemain muda [bakat gagal menjadi pemain berkualiti], kerana kepala mereka hanya melihat bola dan tidak ‘melihat’ apa yang di sekitar mereka.”

“Pemain yang hebat, mereka mampu bekerja dengan memisahkan otak mereka dengan bola. Kepala mereka seperti radar.”

“Apabila ada satu litar yang sudah mencetak data di dalam kepala mereka, sangat sukar untuk mengubah mereka selepas itu.”

“Namun saya tak galakkan kita membentuk otak [pemikiran] untuk mereka yang masih pada usia masih kanak-kanak. Ini kerana pada usia 5 – 12 tahun adalah tahun untuk para pemain belajar tentang penyudah [execution] yang betul.”

Messi dan scanning

Dengan berjalan kaki, La Pulga sedang memikirkan tentang menentukan cara paling sesuai untuk memecah masuk ke gawang lawan. Jelas sekali, apabila dia mendapat bola, sukar untuk menghalangnya. Kerana dia sudah ‘mapping’ benda tersebut dalam kepala otaknya.

Analisis itu ternyata selari dengan komen Pep Guardiola beberapa tahun lalu dalam dokumentari mengenai Messi di Amazon Prime.

“Dia tidak berlari. Tetapi dia sentiasa melihat apa yang berlaku. Dia melihat di mana titik lemah berada di bahagian belakang empat. Selepas lima atau 10 minit melakukan itu dia mempunyai peta di matanya untuk mengetahui dengan tepat di mana jurang itu, ” kata jurulatih Manchester City itu.

“Ia seperti berada di dalam hutan, dan saya perlu bertahan. Dia tahu di mana dia harus berada dan berpindah untuk memastikan dia dapat menyerang mangsanya dengan lebih bahaya.”

Jadi jelaslah bahawa Messi adalah pemain yang suka scanning lawannya. Ada sesetengah pemain memang mereka harus dikecualikan daripada tugasan bertahan sepanjang masa.

Perkara yang sama dilakukan Wenger ketika mengendalikan Ozil di Arsenal. Hal ini kerana menurut Wenger: “Kalau kamu nak yang terbaik daripada mereka, kamu harus berkorban dan bertahan untuk mereka.”

Namun ada juga pengurus yang tak selesa dengan pemain yang seperti ini.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.