Bekas Pemain MLS Anggap Ronaldo Hisap Shisha Banyak Sangat Ketika Mengeluarkan Kenyataan

Bekas pemain MLS, Michael Lahoud menganggap Ronaldo merepek repek ketika menyatakan bahawa Liga Arab Saudi akan memintas beberapa liga lain dalam beberapa tahun akan datang.

Ronaldo yakin Liga Arab Saudi ketika ini sudah berada di tahap lebih baik daripada MLS di Amerika Syarikat dan akan memintas Liga Turki dan Belanda selepas ini.

Ronaldo berkata: “Liga Arab Saudi lebih bagus daripada MLS. Dan liga ini akan lebih banik daripada beberapa liga di Eropah seperti Liga Belanda dan Liga Turki – selepas ini.”

Lahoud mengejek Ronaldo dengan menyatakan bahawa pemain itu sudah mabuk shisha kerana menghisap shisha terlalu banyak.

Lahoud berkata: “Apabila saya mendengar dia berkata begitu, saya percaya Ronaldo hisap sangat sisha. Itu kenyataan mengarut – untuk menyatakan Liga Arab Saudi akan lebih baik daripada beberapa liga lain dalam beberapa tahun ini.”

Lahoud percaya bahawa Ronaldo mengeluarkan kenyataan tersebut kerana dunia sedang bercerita tentang kehadiran Messi ke MLS.

Kerana menurut Lahoud, Ronaldo akan melakukan apa sahaja untuk kekal relevan dengan membandingkan dirinya dengan Messi.

Lahoud percaya, Ronaldo tidak selesa ketika Messi menyatakan bahawa pemain itu mahu menarik perhatian dunia kepada bola sepak Amerika Selatan sekali lagi.

Selain itu, Lahoud tidak setuju dengan kenyataan Ronaldo yang mengklaim dirinya sebagai individu yang membantu menghidupkan semula Serie A yang sudah mati.

Ronaldo berkata: “Serie A mati ketika saya tiba di sana. Selepas saya menyertai Juventus, ianya hidup kembali. Ke mana sahaja Cristiano pergi, perhatian yang lebih akan diberikan kepadanya.”

Kenyataan Ronaldo itu dianggap Lahoud sebagai tidak munasabah. Bekas pemain MLS itu menambah: “Kenyataan ini dikeluarkan selepas pengenalan Lionel Messi sebagai pemain MLS.”

“Kita tak pernah mendengar kenyataan seperti ini sebelum ini. Dan tiba tiba, selepas berita Messi mahu membawa dunia bola sepak ke Amerika Selatan, merujuk kepada Piala Dunia 2026, Ronaldo terus mengeluarkan kenyataan ini.

“Menyatakan bahawa dia sudah berusia lebih 38 tahun, sebenarnya dia cuba membandingkan dirinya dengan Messi.”

“Termasuk ketika dia menyatakan pintu hatinya sudah tertutup untuk liga di Eropah, ditambah dengan kenyataan dia tentang Serie A.. selepas meninggalkan Juventus dia membuatkan pasukan itu hancur,” tegas Lahoud.

Baca juga:

CR7: Liga Saudi Lebih Bagus Daripada MLS, Liga Dia Eorpah Makin Hambar

 

Baca yang lain