Conte Sindir Board Spurs Yang Kedekut Lepas Kalah Dengan Chelsea: “Bila Nak Mulakan Proses?”

Kekalahan Spurs di tangan Chelsea semalam sebenarnya memberikan mesej jelas kepada hierarki Daniel Levy di Spurs, bahawa Conte mahukan dana untuk membeli pemain baharu.

Jika sebelum ini Conte dijanjikan dana perpindahan yang besar pada Januari, sebagai salah satu syarat dia menyertai Spurs, namun sekarang ini segalanya cuma diam sahaja.

Conte sebelum ini dilaporkan sudah meminta dana daripada board Tottenham Hotspur namun tidak dilayan.

Dalam aksi berdepan dengan Chelsea, Spurs menurunkan Steven Bergwijn yang masih mahu berpindah ke Ajax. Mujur pemain itu kekal profesional dan menjaringkan 2 gol masa kecederaan sebelum ini.

Conte sebenarnya terpaksa meletakkan Bergwijn dalam pasaran perpindahan kerana ada minat daripada kelab lain. Ini kerana Conte mahu top up dana untuk membeli pemain baharu.

Oleh sebab itu Conte berkeras dia tak akan menjual Bergwijn dengan harga di bawah paras tanda harga diletakkannya.

Kemudian,

Conte terpaksa menyisihkan Dele Alli dan Giovani Lo Celso yang dilaporkan tiada dalam perancangan Conte dan sedia untuk dijual.

Spekulasi bertiup kencang mengaitkan Dele Alli dengan Newcastle. Dan Lo Celso pula sebelum ini ibarat menyimbah petrol pada api apabila terbuka menyindir Conte dan mempersoalkan bahawa dia tidak diturunkan walaupun tak cedera.

Dalam tulisannya di Instagram Story, Lo Celso berkata: “Saya tiada masalah, dan sihat sekali. Saya nak jelaskan di sini, saya 100 cergas.”

“Saya tidak ada masalah, dan berharap team saya buat yang terbaik dalam derbi kali ini.”

Muatnaik tersebut diletakkan gambar dia dengan beberapa rakannya sedang bergelak ketawa di sesi latihan. Ibarat satu sindiran yang pedas kepada Conte.

Akibatnya, kedua dua pemain tidak disertakan dalam skuad 20 pemain ke Stamford Bridge.

Selain itu, Matt Doherty juga antara pemain yang sudah diberitahu bahawa beliau berada dalam pakej untuk mendapatkan Adama Traore dari Wolves.

Doherty sempat membedal kaki Malang Sarr dalam keadaan malang tak berbau.

Mujur tak patah kaki kawan tu.

Ianya semua berkaitan dengan fokus pemain selepas sudah tahu mereka bukan pemain dalam perancangan Conte. Conte turut mempersoalkan, bila lagi mereka mahu memulakan semua proses ini kalau bukan sekarang?

Selepas tamat aksi berdepan dengan Chelsea di mana Spurs kalah 2-0, Conte ditanya wartawan tentang isu Dele Alli. Dan Conte enggan memberikan komen lanjut.

“Saya tak suka komen tentang seorang pemain. Kelab ini akan membuat keputusan terbaik. Ada pengarah sukan dan ada pengerusi yang akan menjadi orang terakhir dalam membuat keputusan.”

“Ini bukan masa yang tepat untuk bercakap. Kelab dah tahu dengan jelas apa yang ada dalam fikiran saya.”

“Satu jendela perpindahan tidak akan merapatkan lagi jurang ini. Kerana jurang ini sudah membesar sejak bertahun tahun sebelum ini. Tidak mudah untuk mencari solusi dalam jangka masa pendek.”

“Saya hanya fokus kepada kerja saya sehingga ke akhirnya. Kita masih ada 4 bulan lagi musim ini dan cuba melakukan yang terbaik. Jika kita memikirkan kita menyelesaikan masalah ini dengan satu jendela perpindahan sahaja, itu bukan hakikatnya sekarang.”

“Kamu perlukan bertahun tahun, dan sudah tentunya kita harus bermula sekarang.”

“Kamu harus menjual atau meminjamkan pemain keluar dan ianya sukar untuk mencari pemain yang tepat untuk kami. Kamu hanya boleh mulakan proses ini, dan ianya akan makan tahun juga untuk melakukannya.”

“Bukan mudah sebenarnya, saya sudah bercakap sendiri tentang perkara ini dengan kelab dan saya meletakkan diri saya dalam kedudukan untuk bekerja membantu memperbaiki lagi situasi di atas padang.”

“Saya seronok di sini. Kita ada 4 bulan lagi untuk cuba mendapatkan hasil terbaik. Saya bangga dengan usaha para pemain. Kadangkala kamu cuma boleh push 100% tetapi itu masih belum cukup.”

Spurs berusaha untuk menjual pemain pemain seperti Lo Celso, Alli dan Tanguy Ndombele sebelum jendela perpindahan ini berakhir.

Baca yang lain