Eden Hazard Bantu Real Madrid Jimatkan €7 Juta Dengan Penamatan Kontrak

Kontrak Eden Hazard di Real Madrid akhirnya ditamatkan atas persetujuan bersama. Dengan pasukan gergasi Sepanyol itu sudah mengumumkan secara rasmi perkara tersebut.

Sejak menyertai Real Madrid dengan perpindahan mencecah €150 juta, Hazard cuma muncul dalam 77 penampilan bersama Los Blancos.

Dia cuma menjaringkan 7 gol dan 12 assist.

Walaupun memenangi banyak trofi di Real Madrid iaitu 8 piala.

Nam harus diakui peranan Hazard tak lebih daripada pemain yang disisihkan atau pemain gantian.

Hazard akan mula bergelar pemain ejen bebas pada 30 Jun.

Real Madrid mengucapkan terima kasih kepada Hazard di atas apa yang dia pernah sumbangkan dalam kenyataan rasmi kelab.

Real Madrid sudah beberapa kali cuba menjual Eden Hazard namun sukar untuk mencari pembeli kerana faktor gaji Hazard serta pemain itu kerap mengalami kecederaan.

Selain itu Hazard sendiri tidak mahu berpindah dari Real Madrid dan sentiasa berjanji akan bangkit kembali kepada prestasi terbaiknya.

Penamatan kontrak Hazard ini membolehkan Real Madrid menjimatkan €7 juta dalam akaun mereka. Ini selepas Hazard memutuskan untuk tidak menuntut baki gajinya di Real Madrid yang masih ada setahun lagi.

Eden Hazard masih belum membuat keputusan tentang fasa seterusnya selepas Real Madrid. Dia tidak menolak kemungkinan akan bersara.

Dia akan mengumumkan dalam masa terdekat.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.