Seorang guru dan seorang ibu pastinya akan sentiasa berbangga apabila anak / anak didik mereka melakukan sesuatu yang baik kepada masyarakat.
Mereka akan menganggap mereka berjaya mendidik anak/pelajar mereka dengan baik.
Seorang lelaki di New Mexico telah menemui beg plastik berisi wang $135,000 tersandar pada sebuah mesin ATM.
Jose Nuñez Romaniz, hari itu mahu membelikan stoking kepada datuknya menerusi atas talian. Dan dia berkunjung ke bank berdekatan untuk bank in wang tersebut.
Ketika berada di dalam bank itu, beliau melihat satu plastik. Dan mendapati ianya penuh dengan wang kertas $50 dan $20 yang disusun.
Cepat cepat Nunez mengambil beg plastik itu dan menyerahkannya kepada pihak polis. Ini kerana bank tutup pada hari Ahad itu.
Tindakan terpujinya itu mendapat pujian daripada pihak polis. Nunez menegaskan beliau langsung tak terfikir nak mengambil wang itu.
Cuma keliru, sama ada itu satu prank. Dan dia pasti dalam bahaya kerana dituduh melarikan wang itu, sedangkan dia nak menghantarnya ke balai polis.
“Saya tak tahu apa nak buat. Saya berkata kepada diri sendiri, adakah sata bermimpi? Saya terkejut, dan mulai bertanya kepada diri sendiri, apa saya patut buat.”
Pegawai polis, Simon Drobik berkata: “Jumlah wang sebanyak ini boleh memberikan perubahan sangat besar kepada hidupnya, jika dia memilih keputusan sebaliknya. Namun dia memutuskan, untuk kekal berintegriti serta melakukan perkara yang betul.”
Albuquerque Police Department menghadiahkan Nunez satu plaque penghargaan kerana menunjukkan integriti, kesaksamaan, bangga dan hormat.
Mendengar berita itu, terdapat 3 orang usahawan wanita di kawasan itu memberikan hadiah wang tunai berjumlah $500 setiap seorang mereka kepada Nunez. Usahawan ni tiada kaitan dengan wang tu ye. Tak pepasal korang kecam mereka sebab bagi lima ratus je ke? Eii.
Beliau turut menerima tiket bermusim untuk menghadiri perlawanan pasukan kegemarannya University of New Mexico football team.
Ditanya tentang kenapa beliau tidak mengambil duit itu? Nunez menyatakan:
“Ibu bapa saya sentiasa mengajar saya untuk bekerja, berusaha sendiri kalau kita nakkan sesuatu. Mencuri wang orang tidak akan membuatkan kebahagiaan kamu kekal lama.”
“Emak saya bangga dan dia menyatakan saya telah membuat perkara yang betul. Malah dia menelefon saya dan menangis.”
Malah di ruangan komen facebook tersebut, gurunya menyatakan bangga dengan bekas anak muridnya itu.
Gurunya berkata: “Bangga dengan dia! Saya bekas guru sukannya di @manzano dan dia seorang pemuda yang hebat!!!”
“Cikgu bangga dengan kamu Jose!!! Harap kamu sejahtera selalu.”
Sumber: Unilad