Haaland Bentang Analisis Taktikal: “Ya Kami Ada Ejas Taktikal, Tapi Saya Pun Lupa Apa Benda Kami Ejas Tadi’

Erling Haaland memberikan temu bual yang agak mencuit hati selepas perlawanan antara Manchester City dan Arsenal.

Di mana juara bertahan Man City sekali lagi menewaskan Arsenal. Menjadikan rekod kemenangan City ke atas Arsenal dalam liga sahaja sudah berlanjutan kepada 11 perlawanan berturut turut.

Haaland menjaringkan gol dalam kemenangan penting 3-1 pasukannya di markas Arsenal.

Sekaligus membantu City memintas Arsenal sebagai pendahulu liga selepas 23 perlawanan.

Haaland kini sudah meniarigkan gol liga ke-26 beliau. Pada musim debutnya di EPL. Di mana dia cuma bermain 22 perlawanan sahaja dalam liga itu setakat ini.

Bercakap tentang kemenangan itu, Haaland sempat menyentuh bahawa mereka ada membuat perubahan taktikal. Tetapi yang kelakarnya, dia sendiri pun lupa apa benda yang Pep Guardiola telah ubah.

Dia tidak tahu nak menyebutnya.

Penyerang superstar itu berkata dia ‘berbangga’ dengan rakan sepasukannya dan meluahkan rasa gembira atas kemenangan itu.

“Saya sangat berbangga dengan semua orang hari ini dan saya sangat gembira berada di Man City,” katanya.

Bercakap tentang perubahan taktikal, Haaland berkata:

“Ada la kami membuat pelarasan kecil pada separuh masa. Kami mempunyai pemain berkualiti, kami perlu mengeluarkannya daripada setiap pemain. Saya tidak ingat pelarasan itu, tetapi saya sangat gembira.”

Pemain berusia 22 tahun itu menambah: “Sambutan yang sangat positif, gembira. Saya sangat gembira, saya tidak tahu, saya sangat gembira dengan segala-galanya. Kami memerlukan yang ini [kemenangan ke atas Arsenal]. Sekarang kami perlu meneruskan ‘larian’! ”

Mengenai kejayaannya menjaringkan gol, Haaland menyatakan ketika dia ditemuramah, dia baru sahaja ‘kemarau’ 20 minit daripada menjaringkan gol. Dan dia perlu berusaha menamatkan kemarau tersebut.

Haaland berkata: “Itulah hidup saya. Ia sudah berlalu, 20 minit sejak saya mendapat gol terakhir saya. Saya perlu terus bekerja [untuk mendapatkannya lagi].”

Ramai terhibur dengan temu ramah Haaland itu dan meminta agar pemain itu lebih kerap memberikan ulasan selepas perlawanan.

Malah ada yang sudah membayangkan kalau Haaland duduk sebelah Roy Keane menjadi pundit. Ada pula Micah Richards.

Selain Haaland, Kevin De Bruyne dan Jack Grealish turut berada dalam senarai penjaring gol City.

Sementara gol saguhati Arsenal adalah menerusi sepakan penalti Bukayo Saka.

Arsenal tetap memiliki baki 1 perlawanan lagi dalam tangan mereka berbanding Man City. Jadi The Gunners masih mengawal perjalanan kejuaraan mereka sendiri ketika ini.

Kerana kedua dua pasukan terikat 51 mata dan hanya dibezakan oleh statistik perbezaan jaringan.

Baca yang lain