Ini Sebab Maldini Dipecat Oleh AC Milan

Musim lalu, Paolo Maldini diraikan sebagai wira sejati kelab, menguatkan lagi kelegendaan dan legasinya di Milan selepas menjadi orang penting di belakang tadbir membantu Milan menjuarai Serie A dan kembali ke UCL.

Hari ini Paolo Maldini sudah dipecat dan anaknya dihantar secara pinjaman ke kelab lain.

Bukan sahaja Maldini, malah Ricky Massara masing masing dipecat sebagai Pengarak Teknikal dan Pengarah Sukan kelab,

Kenapa?

Pemilik baru AC Milan, pengasas RedBird, Gerry Cardinale telah memutuskan untuk memecat kedua dua mereka atas alasan untuk revolusi baharu AC Milan.

Kedua duanya terlibat dalam beberapa siri perpindahan dan kontrak pemain. Namun RedBird tidak yakin dengan kredibiliti Maldini dan Massara dalam rekrut pemain baharu untuk membantu Milan menjadi gergasi Itali yang konsisten.

CEO AC Milan, Giorgio Furlani dilaporkan telah mengambil alih daripada Maldini dan Massara dalam rundingan kontrak dengan Rafael Leao sebelum ini.

Menimbulkan spekulasi bahawa ada isu pertikaian kuasa di pengurusan tertinggi. Furlani tidak yakin dengan Maldini dan Massara dalam rundingan.

Cardinale lebih yaklin dengan Furlani

Furlani dan Maldini sebenarnya sudah lama tidak sehaluan. Sejak 2019 lagi. Di mana ketika itu, Furlani dengan bekas CEO, Ivan Gazidis cuba berunding dengan Ralf Rangnick untuk menjadi pengurus baharu AC Milan.

Namun Maldini dan bekas CFO Milan, Zvonimir Boban menentang usaha itu. Berlaku pertelingkahan apabila Rangnick kemudian terlepas ke tangan Man United. Furlani sangat kecewa kerana mereka benar benar yakin bahawa Rangnick akan menjadi pengurus baharu AC Milan.

Lebih mengecewakan Furlani, Maldini dengan terbuka menyatakan dia tak pernah diberitahu pemilik kelab mahukan Rangnick. Membuatkan dia tak pernah menghubungi Rangnick.

Ia membuatkan media di Itali mulai menganggap pengurusan tertinggi Milan ada masalah komunikasi yang terputus antara mereka kerana tidak sehaluan.

Maldini berkata: “Saya tidak pernah bercakap dengan Rangnick. Saya tidak tahu dari mana laporan itu berlaku, kerana pemilik kelab tidak pernah memberitahu saya [mereka mahukan Rangnick].”

Boban kemudian meletakkan jawatannya kerana sudah tidak sanggup lagi bekerja di bawah Furlani dan Gazidis.

Masa depan Paolo Maldini kemudian menjadi tanda tanya. Namun Furlani lebih berhati hati mengendalikan isu Maldini kerana legasinya di AC Milan bukan calang calang.

Maldini juga dianggap bertanggungjawab dalam isu beban kewangan AC Milan yang tinggi. Kerana gagal melakukan perniagaan lebih baik. Gagal menjual pemain dengan harga mahal dan membawa masuk pemain muda yang berbakat seperti Leao.

Musim lalu, Maldini berjaya membantu AC Milan menamatkan kemarau kejuaraan Serie A. Tekanan itu reda, Maldini malah dijulang oleh peminat Milan sebagai salah seorang wira mereka dalam kejuaraan Serie A.

Dengan AC Milan musim ini gagal mempertahankan Serie A dan gagal mara ke final UCL, ianya dijadikan alasan oleh Furlani untuk memecat Maldini.

Satu perbincangan berlaku baru baru ini di antara Cardinale dengan Furlani. Dan Furlani seperti dijangka akan mencadangkan agar kelab itu memecat Maldini kerana dia tidak lebih daripada sekadar seorang legenda yang tidak cukup bagus berada dalam jawatannya yang melibatkan bahagian scouting.

Furlani menganggap rekrut pemain Milan selepas menjuarai Serie A sebagai lemah. Mereka gagal dalam persaingan dengan kelab lain untuk mendapatkan beberapa sasaran mereka.

Ini adalah pemain yang mereka tandatangani musim ini, dianggap tidak memberikan impak yang diharapkan.

Furlani sudah menjangkakan bahawa peminat Milan pasti akan marah dengan keputusan itu.

Furlani sendiri mengambil alih bahagian ketua rekrut pemain bersama sama dengan pegawai yang dia lantik iaitu Geoffrey Moncada.

Kini Furlani sedang mengintai khidmat Igli Tare dari Lazio, selepas dia memutuskan untuk tidak menyambung kontrak sebagai Pengarah Sukan Lazio.

Gerry Cardinale sendiri tidak suka dengan rekod Maldini dan Massara dalam isu berkaitan perniagaan. Kedua duanya terlalu cenderung kepada pembangunan pemain. Dari segi isu perniagaan, keuntungan, penajaan, mereka dianggap lemah.

Cardinale pula seorang usahawan yang menekankan aspek perniagaan selain bola sepak.

Baca yang lain