Isteri MB Terengganu Dan Anaknya Jahit PPE Untuk Frontliners

Walaupun beliau berstatus isteri kepada Menteri Besar Terengganu, ianya tidak menghalang Toh Puan Seri Tuan Faezah Tuan Abd Rahman, menyumbang tenaga menjahit pakaian perlindungan diri (PPE) buat petugas kesihatan di negeri tersebut.

Apa yang lebih menari Tuan Faeza turut dibantu oleh empat orang anaknya iaitu Ahmad Samsuri, 26, Fahmi, 23, Wardah, 20 dan Jasmeen, 16. Mereka bersama-sama menyiapkan seberapa banyak PPE yang boleh.

Tuan Faezah atau lebih mesra dengan panggilan Kak Zah, menegaskan bahawa beliau tidak mahu melepaskan peluang daripada masa terluang banyak untuk melakukan sesuatu demi frontliners.

Ketika ini, tempoh PKP, Kak Zah menyatakan beliau ada banyak masa terluang. Jadi apa salahnya jika ia diisi dengan perkara yang berfaedah.

Beliau memutuskan untuk menggunakan kemahiran menjahitnya untuk menghasilkan PPE kepada petugas kesihatan.

Jelasnya, PPE yang diusahakan bersama empat anak akan disumbangkan kepada petugas barisan hadapan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Dipetik dari Harian Metro, Faezah berkata: “Inisiatif menjahit PPE untuk disumbangkan kepada petugas perubatan itu adalah hasil dorongan suami, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan mendapat kerjasama sukarelawan kalangan muslimah di negeri ini.”

“Kerja menghasilkan PPE adalah projek muslimat negeri dan Kak Zah mengambil kesempatan untuk turut menjahit sebagai memenuhi masa terluang.”

“Pergerakan Kak Zah juga terbatas dan dihadkan selepas beberapa program anjuran kerajaan negeri ditangguhkan berikutan PKP.”

“Kak Zah juga tidak digalakkan mengikut suami (Ahmad Samsuri) yang sentiasa turun padang menyantuni rakyat di seluruh negeri ini, ” katanya yang mengakui kerja menyiapkan PPE turut dilakukan sukarelawan di kediaman masing-masing.”

“Kain dibekalkan oleh Muslimat negeri dan diagihkan kepada sukarelawan untuk dijahitkan di kediaman masing-masing.”

“Kerja menjahit dan menyiapkan PPE adalah sumbangan kecil kami dengan kemahiran yang ada kerana menyedari pakaian itu menjadi keperluan penting bagi barisan hadapan ketika ini.”

Beliau menyatakan bahawa kesemua PPE termasuk dijahit oleh sukarekawan Muslimat akan dikumpul untuk diagihkan kepada petugas kesihatan.

Mereka berjaya menyuapkan kira kira 100 pasang PPE dalam tempoh dua minggu – ketika PKP fasa kedua yang lalu.

Baca juga:

Kebanggaan Malaysia! Dr Noor Hisham Diiktiraf 3 Terbaik Dunia Dalam Perangi Covid-19

Di USA, Harimau Malaya Bernama Nadia, Haiwan Pertama Positif Covid-19

34 Orang Ditahan Kerana Berpesta Liar Di Tengah Wabak Covid-19 Dan PKP