Keane Kecam Van Dijk Yang Persoalkan Taktikal United

Roy Keane telah memberikan respon sinis kepada kapten Liverpool, Virgil Van Dijk yang menurutnya telah menunjukkan sikap sombongya.

Van Dijk mengecam taktikal Man United sebagai tidak mahu menang dan hanya datang bertahan dan meraikan seri,

Selepas tamat perlawanan, Van Dijk berkata: “Jika anda melihat bagaimana kami bermain permainan, kami mempunyai sebahagian besar bola dan mencipta beberapa peluang. Hanya ada satu pasukan yang cuba memenangi perlawanan ini.”

“Kami mahu memenangi setiap perlawanan sudah tentu dan itulah sebabnya ia mengecewakan. Kadang-kadang kami merembat terlalu mudah dan patut melepasi mereka dengan larian overlap.”

“Keputusan yang tepat di zon serangan tidak cukup bagus hari ini. Kami akan meneruskan perjuangan, sudah tentu tetapi ia mengecewakan kerana kami lebih hebat dalam semua aspek.”

“Akhirnya mereka girang gembira dengan satu mata, dan kami kecewa dengan satu mata.”

“Jelas sekali mereka tidak berada dalam fasa terbaik. Datang ke sini anda berhati-hati dengan ancaman yang kami ada. Kami sepatutnya memenanginya hari ini. Kami perlu belajar daripada situasi tertentu, dan saya tahu kami akan melakukannya.”

Keane kemudian menuduh Van Dijk sebagai pemain yang sombong. Sikap sombongnya itu telah memakan dirinya kata Keane.

Keane kemudian mengingatkan pemain itu dia sebenarnya sedang bermain untuk kelab yang menang 1 sahajka EPL dalam masa 30 tahun.

“Kesombongan Van Dijk telah terpancar dari dirinya. Mengutuk Man United macam tu?”

“Dia patut ingatkan diri sendiri. Dia bermain untuk kelab yag memenangi 1 saja EPL dalam masa 30 tahun. Dia kata hanya Liverpool sahaja yang nak menang dan kemudian menuduh United gembira untuk seri.”

“Manchester United ketika ini sedang dalam fasa sukar. Sama macam Liverpool yang pernah melalui fasa fasa sukar itu sebelum ini.”

“Jadi, kesombongannya itu mungkin sedikit memakan dirinya hari ini.”

Berbeza dengan Van Dijk, Jurgen Klopp memahami kenapa United datang dengan taktikal bertahan kerana situasi di kelab itu yang sarat dengan kecederaan. Klopp menyatakan bahawa Liverpool harus move on dan memperbaiki aspek serangan mereka yang tidak kemas.

Baca yang lain