Kerajaan Larang Peminat Chelsea Melaungkan Nama Abramovich: “Jangan Campur Sukan Dengan Isu Luar”

Peminat Chelsea telah beramai ramai melaungkan nama Roman Abramovich ketika di Stamford Bridge. Di mana perbuatan itu telah disifatkan oleh perdana menteri Britai, Borris Johnson, sebagai ‘tidak sesuai sama sekali’ dan mesti dihentikan, kata jurucakap rasmi Perdana Menteri.

Jurucakap tersebut juga menyatakan bahawa penyokong Chelsea tidak seharusnya membawa sentimen berbaur politik masuk ke dalam sukan.

Roman Abramovich disekat atas dakwaan menjadi salah seorang oligarki Kremlin yang menyokong Vladimir Putin.

Jadi, tidak sesuai untuk menyatakan sokongan kepada Roman Abramovich di dalam stadium ketika ini.

Penyokong Chelsea telah menyokong pemilik mereka secara terbuka dan lantang, menyanyikan namanya di Norwich dan di stadium sendiri, ketika aksi berdepan Newcastle United hujung minggu lalu.

Ia berlaku selepas Roman Abramovich disekat oleh kerajaan UK, dengan asetnya dibekukan – bermakna kelab itu tidak lagi dapat menjual tiket baharu, barangan dan berunding kontrak baharu dengan pemain.

Jurucakap Boris Johnson telah mengecam laungan sokongan tersebut dengan menganggap ia sebagai ‘tidak sesuai sama sekali’.

Beliau berkata melalui Sky Sports: “Kami tidak menafikan kekuatan perasaan semua orang di kelab tersebut, tetapi kami tidak dapat memaafkan  tingkah laku yang sama sekali tidak sesuai pada masa ini.”

“Saya fikir orang boleh menunjukkan semangat dan sokongan untuk kelab mereka tanpa menggunakan isu luar seperti itu.”

Jurucakap itu meneruskan dengan mendakwa kerajaan terbuka untuk membenarkan Chelsea dijual, tetapi permohonan baharu diperlukan untuk membolehkan penjualan itu berlaku.

“Kami terbuka kepada proses penjualan kelab itu, kami akan mempertimbangkan permohonan untuk mendapatkan lesen untuk membenarkan perkara itu berlaku dalam keadaan yang betul,” tambahnya lagi.

“Tetapi ia adalah untuk Chelsea untuk menentukan proses yang tepat. Pada pemahaman saya adalah pembeli berpotensi akan mendekati kelab, yang kemudiannya perlu memohon lesen yang dipinda selanjutnya untuk memudahkan penjualan.”

“Setakat yang saya sedar perkara itu belum berlaku pada ketika ini.”

Gergasi Liga Perdana Inggeris itu telah menarik banyak minat sejak Abramovich meletakkan kelab itu untuk dijual.

Beberapa jutawan Amerika dianggap berminat untuk membeli Chelsea.

Tetapi mereka menghadapi saingan daripada Kumpulan Media Saudi, yang dilaporkan telah menawarkan £2.7 bilion, yang paling tinggi setakat ini. Roman Abramovich meletakkan tanda harga £3 billion.

Baca juga:Bayrak Klaim Hampir Beli Chelsea Sebelum Kerajaan UK Sekat Abramovich: “Saya Sangat Depressed”

Billioanaire Turki Muhsin Bayrak mendakwa dia hampir membeli Chelsea sebelum Roman Abramovich disekat secara rasmi oleh kerajaan UK. Berita itu benar benar mengecewakannya kerana firmanya sedang memeterai perjanjian akhir untuk mencapai kesepakatan dengan Chelsea.

Roman Abramovich mengumumkan hasratnya untuk menjual kelab itu minggu lalu berikutan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Bayrak mengklaim dirinya muncul sebagai pendahulu untuk membeli Chelsea, tetapi pagi Khamis menyaksikan Abramovich telah disekat oleh kerajaan UK yang akan merumitkan penjualan.

Chelsea masih boleh dijual, tetapi wang yang dijana daripada jualan tidak boleh memberi manfaat kepada billioanire Rusioa berusia 55 tahun itu dalam apa cara sekalipun.

Bayrak sejak itu mendakwa dia hampir memeterai perjanjian dan terdapat pengumuman rasmi dalam kerja-kerja pembelian kelab untuk minggu depan.

“Kami berada dalam mood yang tidak baik. Kerajaan British telah mengambil alih. Kami baru sahaja hendak menyelesaikan kerja kerja berkenaan pembelian kelab, permohonan telah dibuat semalam,” jelas Bayrak menerusi Gercek Gundem.

“Satu sidang akhbar akan diadakan hari ini, dan penyerahan hak milik kelab akan diadakan minggu depan. Saya amat tertekan.”

Bayrak ialah pengerusi AB Group Holding, sebuah syarikat pembinaan dan pelaburan yang telah bertapak sejak 1999.

Sedikit yang diketahui tentang Bayrak tetapi kekayaannya dianggarkan dalam lingkungan £8 bilion.

Abramovich pada mulanya mencari pembida yang sanggup membayar £3 bilion ketika Chelsea masih di tangannya.

Firma telefon bimbit Three dilaporkan telah menggantung kerjasama mereka dengan kelab hanya beberapa jam selepas sekatan diumumkan.

Dalam kenyataannya, Three berkata:

Berdasarkan sekatan yang diumumkan kerajaan baru-baru ini, kami telah meminta Kelab Bola Sepak Chelsea menangguhkan sementara tajaan kami terhadap kelab itu, termasuk mengeluarkan jenama kami daripada baju dan di sekitar stadium sehingga diberitahu kelak.

Kami menyedari bahawa keputusan ini akan memberi kesan kepada ramai peminat Chelsea yang mengikuti pasukan mereka dengan penuh semangat. Walaubagaimanapun, kami merasakan bahawa berdasarkan keadaan, dan sekatan Kerajaan yang sedia ada, ia adalah perkara yang betul untuk dilakukan.

Dalam aksi berdepan Norwich, dilihat Chelsea masih memakai jersi dengan logo ‘3’ walaupun sudah diarahkan untuk menangalkannya.

Sebelum sepak mula terdapat laporan menyatakan bahawa kitman Chelsea cuba mencari jersi kosong di Sport Direct untuk digunakan dalam perlawanan ini.

Nizar Kinsella kemudian menyatakan perkara itu berlaku mungkin kerana kekangan masa untuk Chelsea mencari jersi khas untuk perlawanan ini.

Selain daripada Three, penaja jersi latihan Chelsea iaitu Hyundai juga sedang mempertimbangkan untuk menggantung sementara tajaan mereka.

Beberapa penaja lain sedang mempertimbangkan tindakan serupa sebagai solidariti kepada Ukraine.

Abramovich membeli Chelsea pada 2003 dan di bawah pemilikannya, mereka telah menjadi kuasa dominan dalam bola sepak Inggeris dan 2 kali menjadi juara Eropah.

Mereka telah memenangi 19 trofi dalam 19 tahun dan baru-baru ini memenangi Liga Juara-Juara Eropah dan Piala Dunia Kelab.

Chelsea mengeluarkan kenyataan dan berkata mereka sedang meneroka cara untuk memperbaharui lesen kelab mereka.

Kelab boleh meneruskan aksi mereka di atas padang dan membayar gaji kakitangan mereka, tetapi tidak dapat menjual sebarang barangan termasuk cenderamata atau tiket.

Hanya pemegang pas bermusim sahaja dibenarkan masuk ke Stamford Bridge.

Selain itu, mereka juga tidak dapat memperbaharui kontrak pemain dalam tempoh ini sehingga solusi dicapai kelak. Beberapa pemain akan tamat kontrak pada Jun ini. Selagi lagi mereka tidak mendapat pemilik baharu, selagi itu mereka tidak boleh melanjutkan kontrak pemain pemain mereka ataupun membeli pemain baharu.

Baca yang lain