Kerisauan Kane Pada 2017 Menjadi Kenyataan, Skor Lebih 200 Gol Tapi Terus Tanpa Trofi

Jika Harry Kane memutuskan untuk meninggalkan Spurs pada akhir musim ini atas alasan mengejar piala, saya yakin peminat Spurs tidak akan mempersoalkan kesetiannya.

Kerana Kane sudah tidak perlu membuktikan apa apa lagi  tentang nilai kesetiaan.

Terbaru, Spurs tewas lagi dalam aksi final. Dan Kane terus menjadi pemain tumpuan netizen. Ramai yang simpati dengan Kane. Di mana beliau kini menjadi penyerang paling prolifik dari kalangan mana mana pemain yang tanpa major trophy dalam karier.

313 perlawanan, 219 gol dicatatkan oleh kapten antarabangsa England itu.

Kerisauan Kane

Pada 2017, Kane pernanh menyatakan bahawa beliau masih mahu memberikan peluang kepada dirinya dan kelab untuk terus berjuang bersama mengejar trofi.

Ketika itu Kane hangat dikaitkan dengan kelab kelab seperti Man United dan Real Madrid seperti hari ini juga.

Kane pada masa yang sama menceritakan tentang satu perkara yang merisaukan beliau.

Kane mahu melihat apa yang akan berlaku dalam 3 tahun selepas itu – sama ada beliau akan mampu memenangi beberapa trofi ataupun sebaliknya. Kemudian Kane tidak menolak mungkin akan menyertai pasukan lain untuk mengejar kejayaan.

Kane pada masa itu berkata: “Dalam 3 tahun lagi, jika saya tak menang beberapa trofi di kelab ini, ianya akan menjadi sesuatu yang sangat mengecewakan.

Kane pada ketika itu percaya Spurs berada pada landasan yang tepat untuk menjadi pencabar kejuaraan. Namun siapa sangka, Spurs terus bergelut, walaupun Kane terus cemerlang mencatatkan gol setiap musim.

Namun selepas lebih 4 tahun, kerisauan Kane itu terus menghantuinya.

Sebagai perbandingan, bekas rakan sepasukannya, Kyle Walker sudah memenangi 7 trofi major sejak meninggalkan Spurs pada usianya 27 tahun dahulu. Apakah Kane harus mengikut jejak langkah yang serupa?

Kane pemain terbaik yang tak pernah menang major

Sebut sahaja, kelab besar mana tak mahukan Kane? Manchester United, Manchester City, Real Madrid, Barcelona, PSG dan banyak lagi, pernah ataupun sedang dikaitkan dengan Harry Kane.

Harry Kane sudah pasti akan dikenang sebagai legenda Tottenham Hotspur. Namun pada fasa sekarang ini beliau adalah pemain yang paling hebat yang tidak pernah menang sebarang trofi major dalam kariernya.

Di peringkat antarabangsa, harapan itu juga masih ada untuk beliau. Seorang peminat Spurs menyenaraikan kenapa Harry Kane menjadi pemain terhebat dari kalangan pemain di lima liga utama Eropah yang tak pernah memenanangi trofi major.

Pertamanya, Kane merupakan pemain regular untuk Spurs selama 7 musim pada ketika ini. Dan beliau juga merupakan pemain yang menjadi timbalan kapten di Spurs.

Seterusnya, dalam kariernya setakat ini, Harry Kane menjaringkan sekurang kurangnya 25 gol setiap musim daripada 7 musim tersebut – dalam semua pertandingan. Beliau juga mencatatkan 41 gol, 35 gol dan 31 gol dalam 3 musim prolifik beliau.

Secara keseluruhan Kane sudah menjaringka 159 gol daripada 233 penampilan. Dalam kabinet Kane, ada 2 trofi kasut emas menandakan beliau sebagai penggempur paling berbisa dalam liga.

Kane hanya dipisahkan dengan 2 gol daripada penjaring gol terbanyak sepanjang zaman dalam sejarah EPL iaitu Robbie Fowler.

Pencapaian individu beliau juga termasuk menjadi kesebelasan tahunan PFA untuk lima kali.

Di peringkat antarabangsa, Kane menjadi kapten pasukan kebangsaan negaranya. Berada dalam senarai ranking kelima untuk penjaring terbanyak sepanjang zaman buat England.

Kane juga memenangi dua kali memenangi Pemain Terbaik Tahunan Pasukan Kebangsaan England. Pada 2018, Kane menjadi pemenang kasut emas Piala Dunia.

Baca yang lain