Khalid Jamlus: Kisah Target Man Terakhir Kelahiran Malaysia Yang Menang Kasut Emas

Tak ramai pemain target man seperti Khalid Jamlus yg boleh menjadi penjaring utama dalam pasukan atau tipikal main scorer per season striker. Beliau persos adalah fox in the box namun lebih kepada target man.

Pemain ini memang sangat semulajadi ketika menerima servis. Beliau bergantung kepada natural instinct dan reaksi untuk meledak gol dan bukannya dribble atau quick footed skill.

Boleh dikatakan dia ibarat Beckham di Malaysia. Muka jambu, pemain bola sepak kebangsaan dan bintang di kelabnya. Menjadikan beliau pemain – selebriti pada ketika itu.

PEMBANGUNAN

Khalid adalah pemain yg dipilih untuk menyertai skuad Piala Dunia Remaja 1997 namun disisihkan kerana kecederaan. Kemudian beliau diserap ke pasukan remaja Olimpik 2000. Satu pasukan yg dibentuk untuk menghadapi persediaan pusingan kelayakan Olimpik 2000.

Dalam skuad Olimpik, Khalid adalah pemain utama dalam kempen liga perdana Malaysia bersama skuad Olimpik 2000.

Pasukan yg dibarisi bintang muda seperti Johny Joseph, Gilbert Cassidy, Saravanan, Jamsari Sabian dan ramai lagi. Dalam kempen kelayakan olimpik nama Khalid adalah pemain utama.

Namun Khalid dan rakan rakan gagal untuk melakukan pencapaian lebih baik. Antiklimaks paling ngeri adalah ketika seri menentang Nepal yg disusuli insiden pemain bertembung dengan penyokong Nepal. Malaysia tersingkir awal dan pemain seperti Rafdi Rashid dikejarkan ke hospital.

PERAK DAN PIALA MALAYSIA 2000

Selepas pasukan Olimpik 2000 itu dibubarkan, Khalid menyertai Perak untuk tempoh singkat dan berjaya menjadi penyerang Sensasi Perak bergandingan bersama pemain seperti Keita Mandjou dan juga ‘career’ partner V. Saravanan.

Di Perak Khalid sangat cepat menjadi ‘darling’ kepada penyokong Perak kerana komitmen di padang.

Gandingan Khalid-Sara memberikan kejayaan besar kepada Perak era millenium. Tanpa kehadiran pemain import, peluang Khalid untuk menyerlah memang digunakan sebaik baiknya. Perak menewaskan Negeri Sembilan 2-0 dalam final tersebut. Dan yg menarik Khalid-Sara adalah penjaring gol. Khalid turut menjadi penjaring terbanyak Liga untuk pasukan Perak dengan 7 gol musim tersebut.

Pada awal musim 2001, Khalid membantu Perak memenangi perisai komuniti / sumbangsih.

KASUT EMAS 2002

Manakala pada musim 2002, Khalid meledak 17 gol liga untuk Perak dan membantu Perak menjuarai Liga Perdana 1.

Khalid memenangi anugerah kasut emas. Namun agak perit apabila mereka tewas di tangan pasukan Terengganu di Final Piala Malaysia.

Khalid dipanggil menjadi penggempur utama skuad Malaysia dalam kempen kelayakkan Piala Dunia dan digugurkan kerana insiden kelab malam.

Tahun yang sama Khalid dirisik Eintracth Frankfurt bersama Akhmal Rizal, namun kedua dua mereka gagal mendapatkan kontrak.

Khalid kembali ke kancah domestik terus cemerlang di Perak untuk mengekalkakn Liga Perdana 1 dengan menjadi penjaring terbanyak dalam pasukan Perak dengan 9 gol.

PIALA TIGER 2004 KHALID – SARA

Pada 2004, Khalid diberi peluang oleh Bertalan Bisckei untuk kembali kedalam pasukan kebangsaan dalam kejohanan Piala Tiger 2004. Khalid meledak 2 gol menentang Filipina pada perlawanan kedia peringkat kumpulan dalam kemenangan 4-1.

Yang menariknya selepas tewas di tangan Myanmar dalam perlawanan ketiga, Malaysia dan Thailand dalam misi hidup mati untuk menang. Malaysia diramalsukar untuk menang ke atas pasukan kuat Thailand.

Malaysia dikejutkan jaringan pendahuluan counter attack lewat separuh masa pertama oleh Sarayoot Chaikamdee. Thailand 1 Malaysia 0.

Perlawanan kemudian sedikit tegang. Pada minit ke-62 penyerang yang dilabel bad boy Khalid Jamlus menjaringkan gol penyamaan. Ia adalah hasil umpanan pemain gantian V. Saravanan yg menggantikan Surendran.

Selepas itu Khalid-Sara melakukannya sekali lagi 2 minit kemudian. Satu lagi cross ditanduk masuk oleh Khalid. Kini tugas Norhafiz dan rakan rakan di backline untuk mempertahankan gol Khalid dan Malaysia berjaya layak ke separuh akhir menyingkirkan Thailand.

Di separuh akhir pertama Malaysia menang 2-1 hasil jaringan double Liew Kit Kong setelah ketinggalan hasil jaringan awal Kurniawan Dwi Yulianto. Namun di second leg, Khalid memberikan senyuman kepada Malaysia untuk mara ke final dengan gol pendahuluan.

Tetapi Indonesia bangkit dengan 4 gol jaringan, Kurniawan, Charris, Ilham Jaya dan pemain lincah Boaz Salosa.

Dalam perebutan tempat ketiga Khalid menjaringkan gol sekali lagi untuk memberikan hadiah ketiga untuk Malaysia menang ke atas Myanmar (2-1) yg menewaskan Malaysia sebelum ini.

TAWARAN DARI GERMAN

Aksi cemerlang Khalid membuatkan beliau dirisik oleh kelab German SvGG Greuther Furth. Khalid diberikan pendedahan di perlawanan pra musim namun dibelenggu isu kecederaan dan gagal mendapatkan kontrak. Khalid kembali ke Malaysia dan menyertai Selangor.

Ramai yang menuduh Khalid Jamlus sebagai nak menjadi jaguh kampung antara sebab beliau tak nak bermain di luar. Namun begitu, Khalid Jamlus sendiri memberitahu bahawa beliau ketika itu sangat teringin untuk bermain di luar negara.

Namun terdapat banyak kesulitan yang berlaku dan beliau cuba mendapatkan bantuan daripada mereka yang berkaitan namun usahanya menemui jalan buntu.

Jelas sekali Khalid Jamlus agak kecewa kerana tidak dapat merumput di luar negara.

TREBLE SELANGOR 2005

Ia kekal menjadi treble terakhir Selangor dengan kelompok pemain yg mantap termasuk Khalid, Bambang, Ellie Aiboy, Brian Fuentes. Khalid and Co. Menyapu bersih Piala Malaysia, Liga Perdana dan Piala FA.

Antara pasukan terbaik dan seimbang yang Selangor pernah ada.

Namun penurunan prestasi pada tahun berikutnya oleh pasukan Selangor membuatkan ramai pemain dilepaskan termasuk Bambang, Ellie Aiboy dan Khalid Jamlus. Khalid menyertai Perak Semula dan membentuk gandingan berbisa dengan Keita Mandjou.

KELANTAN

Pada 2009 Khalid menyertai pasukan revolusi merah Kelantan. Tahun inilah Khalid dan Kelantan tewas dalam 2 final. Piala Malaysia dan Piala FA. Khalid dilepaskan ke ATM FA pada 2010.

Pada 2011, Kelantan mengambil semula Khalid untuk kempen mereka. Hasilnya Kelantan menjadi juara Liga Super buat pertama kali. Pada 2012 Khalid digugurkan oleh pengurusan dan menyertai PDRM.

STYLE OF PLAY

Classic No. 9 dengan kekuatan di udara dan instinctive finish tanpa perlu mengambil keputusan yg lama.

Memiliki fizikal yg tinggi namun agak low pace dan bukan skilful player.

Pemusnah paling bahaya adalah header beliau. Oleh sebab itu saya lebih melabel dia sebagai target man. Khalid Jamlus ni keras bila duel.

Ada yang kata dia malas. Memang target man ni jenis menunggu dalam box. Mereka jarang turun untuk build up. Kecuali masa team defend corner atau bola mati, sebab coach nak pakai fizikaliti mereka.

WISEL AKHIR

Pemain ini signifikan dengan no 25 dan saya rasa beliau menggunakan nombor tersebut sejak remaja. Khalid Jamlus adalah boyhood hero untuk pasukan Perak dan kemudian Selangor pada 2005.

Muka jambu ini memang pakej wajib untuk menjadi poster boy. Beliau mungkin agak ‘nakal’ dari segi lifestyle namun di padang beliau sentiasa berhabis nafas untuk menang.

Khalid kini kerap menjadi pengulas jemputan di TV. Selepas Piala Tiger 2004, nama Khalid tak pernah disenaraikan dalam pasukan kebangsaan dan ia agak ‘kejam’ bagi saya.

Khalid mengakui, V. Saravanan adalah gandingan terbaik beliau hampir di semua peringkat dari remaja, liga domestik dan senior kebangsaan.

Itulah kisah target man terakhir kelahiran bangsa Malaysia yang memenangi kasut emas. Kerana banyak baka penyerang tempatan kita adalah poacher ataupun modern poacher selepas itu.

Misalhnya Hadi Yahya dan Nizarruddin Yusof adalah poacher. Indra Putra lebih kepada modern poacher. Ashari Samsudin jelas sekali false no.9.

LEGEND TETAP LEGEND TAK PAYAH NAK SEMBANG BANYAK !

Baca yang lain