‘Koyak’ Dipatuk Ular Viper, Lelaki Ini Gigit Balik, Ular Mati, Dia Hidup Seperti Biasa

India merupakan negara yang sangat banyak kes patukan ular. Malah ada yang maut kerana patukan ular berbisa.

Namun bukan untuk lelaki bernama Kishore Badra. Di mana dia telah menggigit balik ular yang mematuknya.

Kishore tinggal di perkampungan terpencil dia Jajpur. Di ketika itu balik ke rumahnya dari tempat kerja.

Dan tiba tiba ada ular mematuknya di kakinya. Badra yang koyak dan bengang dengan tindakan ular itu telah mencekik ular itu dan mengigitnya.

Bercakap kepada wartawan tempatan India, Badra berkata: “Tiba tiba ada sesuatu menggigit saya pada malam saya pulang ke rumah. Saya buka lampu suluh rupanya itu ular berbisa yang mematuk kaki saya.”

“Saya apalagi, dalam keadaan bengang, saya terus mengejar, menangkap dan mencekik ular tersebut lalu menggigitnya balik berkali kali.”

“Tanpa saya sedari, ular itu mati serta merta.”

Selepas dia membunuh ular itu, dia membawa pulang bangkai ular itu ke rumahnya dan menceritakan insiden itu.

Rakan rakannya menasihatinya agar terus ke hospital. Namun Badra pergi berjumpa dukun ular untuk merawat bisa ular itu secara tradisional.

Ini kerana di India, banyak kes patukan ular, mangsa meninggal dunia dalam perjalanan kerana hospital yang jauh.

Ajaibnya, Badra tidak maut kerana patukan ular itu. Agensi berita tempatan mengesahkan bahawa ular itu spesis viper. Dianggap ular paling berbisa di dunia oleh National Geographic.

Badra berterima kasih kepada dukun ular yang merawatnya.

Dia berkata: : :”Walaupun kaki saya ada racun berbisa kerana patukan ular, saya tidak ada merasakan sebarang kesulitan. Saya terus gagahkan diri pergi ke dukun ular berdekatan dan dia merawat saya.”

“Saya sembuh!”

Ini bukanlah kali pertama kes orang India menggigit ular berbisa kerana balas dendam kena patuk. Pada 2019, ada insiden yang melibatkan seorang lelaki dipatuk ular di Gujarat.

Dia menggigit ular itu sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Baca yang lain