Krisis Kewangan Di League 1, Kelab Inggeris Agresif Mengintai Pemain Dari Sana

“Di Perancis mereka tidak mempunyai banyak wang.” kata seorang ejen yang berpengalaman

“Mana-mana pemain yang berbakat selain dari kelab Paris Saint Germain sudah mempunyai nilai (mula menarik minat dari kelab lain).”

Menurut satu kenyataan dari eksekutif Premier League berkata,

“Mengikut informasi kami, beberapa kelab di Perancis terdesak untuk menjual pemain termasuk Lille yang menjuarai liga -kelab yang dikatakan pintar.”

Sebelum itu, penaja utama Legue 1, Mediapro gagal membayar wang penajaan mengikut jadual yang ditetapkan -membawa kepada masalah kewangan kepada liga itu.

Mediapro mendapat hak penyiaraan selepas menjadi penaja utama yang bernilai £670 juta setiap tahun.

Namun Mediapro hanya sempat melakukan sekali pembayaran iaitu pada Ogos tahun lepas (£130 juta) dan selepas itu mereka mula gagal membuat bayaran pada bulan-bulan seterusnya.

Ia berikutan jumlah penonton turun dengan drastik dan tidak menepati jangkaannya. (Covid, tiada penonton di stadium)

Walaupun Amazon Prime muncul menyelamatkan keadaan dengan tajaan sebanyak £215 juta setahun namun ia hanya menutup sedikit masalah yang dihadapi League 1.

Masalah betambah buruk apabila Chanal+ mengambil tindakan undang-undang berkaitan hak penyiaran, sebagai rakan kongsi sejak 1984 mereka tidak diberi peluang untuk mengemukakan tawaran baru.

Malah mereka terpaksa membayar amaun mengikut bayaran perlu dilakukan oleh Mediapro iaitu £283 juta setahun bagi 2 perlawanan setiap minggu.

Di Perancis, hasil dari aktiviti menjual pemain merupakan pendapatan signifikan bagi kelab meraih banyak wang.

“Secara amnya kelab Perancis sangat bergantung kepada hasil jualan pemain bagi mengimbangi kewangannya. Ia berlaku sebelum wabak pandemik dan krisis bayaran hak TV lagi. Namun situasi sekarang lebih teruk dan tidak seimbang.” sumber dari League 1

Pada awal musim ini, Badan pengawal selia liga (League 1 dan League 2) iaitu Direction Nationale du Controle de Gestion (DNCG) telah mengambil sikap tegas apabila mahu semua kelab mengimbangi kewangan masing-masing sebelum musim baru bermula.

Pasukan yang gagal melakukannya, pemilik perlu memberi deposit bagi kepada DNCG bagi memberi jaminan kelabnya boleh bertahan sehingga musim tamat.

“Sekiranya (kelab) gagal memberi jaminan, kelab tidak dibenarkan bermain. Disebabkan situasi ini, banyak kelab perlu menjual pemain pada jendela perpindahan kali ini.” sumber dari League 1

Pada minggu lalu DNCG melakukan kejutan apabila menyingkirkan Angers dan Bourdeux ke League 2 kerana masalah kewangan yang dihadapinya.

Kedua-dua kelab itu akan mengemukan rayuan. St Ettienne juga berada dalam pemantauan dan berkemungkinan menghadapi masalah sama.

Beberapa kelab lain sudah mula menjual pemain untuk mengimbangi akaun kelab. Boubakary Soumare meninggalkan Lille -menyertai Leicester City pada harga £17 juta.

Southampton telah mendapatkan Romain Perraud dari Brest, dilaporkan bernilai £11 juta.

Walaupun Lille merupakan juara League 1 namun kelab ini sudah tidak mampu menangung kos besar yang dipikulnya.

Lille mengalami kerugian sekitar £170 juta (antara 2017 hingga 2019) kerana bil gaji tinggi dan kos Stadium yang besar. Ia diburukkan dengan pendapatan komersial, hak penyiaran dan ketiadaan hadil dari tiket.

Lille bakal menjual penyerang utamanya, Jonathan Ikone yang membantu kelab menjuarai League 1 bagi mendapatkan wang. Sven Botman, pemain pertahanan Belanda berusia 21 tahun juga dalam radar kelab Inggeris dan mungkin akan dijual.

Sementara itu, Lyon -juara selama tujuh musim berturut-turut dan pasukan separuh akhir Liga Juara-Juara pada 2019/20, telah mengumumkan bahawa mereka hanya boleh meminjam masuk pemain atau bertukar (swap) pemain.

Tiada pembelian baru bagi musim depan. Ia juga disebabkan Lyon gagal layak ke Liga Juara Eropah disamping gagal menjual Moussa Dembele. Dembele dipinjamkan ke Atletico Madrid namun pemain itu mengalami kecederaan dan Atletico Madrid tidak mahu mengaktifkan option to buy yang bernilai £30 juta.

Bagaimanapun Atletico Madrid masih mahukan Dembele tetapi dengan harga yang lebih rendah. Pemain tengah Lyon, Houssem Aourar antara pemain yang banyak menarik minat kelab Inggeris.

Kelab-kelab Inggeris juga mula melihat Jeremy Doku selepas pemain ini menunjukan aksi meberangsangkan di EURO. Pemain berusia 19 tahun ini merupakan sebahagian dari pelan strategi Rennes meraih dana lumayan pada masa hadapan.

Rennes mempunyai seorang lagi permata muda bernilai tinggi iaitu Eduardo Camavinga. Pemain berusia 18 tahun ini telah mempunyai 3 penampilan antarabangsa bersama Perancis.

Kontrak Camavinga hanya berbaki 1 tahun dan Rennes berharap mereka dapat menjualnya pada jendela musim ini bagi mendapatkan wang.

Manchester United dilaporkan cukup berminat untuk mendapatkan Camavinga. Walaupun kontraknya berbaki 12 bulan sahaja lagi namun Camavinga tidak boleh didapati dengan murah.

Ia disebabkan pemain ini menarik minat Real Madrid. Bayern Munich juga memantau perkembangannya. Rennes telah menolak cadangan untuk menjual Camavinga pada harga €30 juta.

Rennes berharap berlakunya perang bida bagi mendapat harga maksima. Tidak ketinggalan, Paris Saint Germain juga dilaporkan berminat dengan Camavinga.

Ramai pemerhati melihat Paris Saint Germain berpeluang mengumpul pemain berbakat di seluruh dunia melalui kekuatan kewangan yang dimilikinya.

Berbalik kepada Manchester United, minatnya kepada Camavinga sudah lama wujud. Dua tahun lepas mereka mempertimbangkan membawa Camavinga.

Namun para eksekutif kelab memutuskan membeli Hannibal Mejbri dari Monaco pada harga €10 juta.

Bagi lain-lain kelab Inggeris, West Ham United sedang mengintai penyerang Reims, Boulaye Dia. Dua tahun lepas dia menjaringkan 14 gol namun mula merosot pada musim lepas.

Reims cuba menjualnya pada musim ini kerana harga akan merosot dengan teruk jika gagal kembali menemui sentuhan.

Di Metz pula, bek tengah, Boubakar Kouyate dan pemain tengah Pape Sarr menarik minat Aston Villa. Kedua-dua pemain ini adalah pemain terbaik dimiliki Metz.

Persoalannya adalah kelab-kelab ini akan menurunkan harga bagi membantu aliran kewangan yang semakin teruk.

Kelab Inggeris akan mengekplotasikan keadaan yang dialami oleh banyak kelab Perancis tapi buat masa sekarang mereka semua masih belum mahu melepaskan pemain pada harga murah.

Perjanjian hak dengan Amazon sedikit membantu kelab Perancis dari mengalami kemelesetan kewangan teruk. Pihak liga yakin mereka akan mempunyai hubungan jangka masa panjang dengan Amazon.

Bagi kelab Inggeris yang mahu mendapatkan pemain pada harga murah di Perancis, mereka mempunyai sedikit kesulitan.

 

Baca yang lain