Kroos Anggap Hazard Bunuh Kariernya Sendiri Ketika Sertai Real Madrid

Toni Kroos sekali lagi tidak berlapik ketika membidas Eden Hazard yang menurutnya telah membunuh kariernya sendiri dengan menyertai Real Madrid.

Hazard meninggalkan karier cemerlangnya di Chelsea dan menyertai kelab yang dia sokong dari kecil. Hazard menganggap Real Madrid akan sentiasa menjadio destinasi impiannya.

Ditambah pada masa itu Real Madrid dikendalikan oleh Zinedine Zidane yang Hazard anggap sebagai idolanya.

Hazard meminta kelab menjualnya ke Real Madrid. Dan Chelsea terpaksa melepaskan Hazard dengan nilai perpindahan dari sekitar €103 juta mencecah €180 juta.

Menjadikan Hazard pemain Liga Inggeris termahal pernah dijual.

Malang sekali kariernya di Real Madrid tidak seindah di Chelsea.

Akhirnya pada akhir musim 2022/23, Real Madrid dan Eden Hazard mencapai kesepakatan untuk penamatan kontrak.

Hazard memenangi 8 trofi bersama Real Madrid namun dia tidak pernah memainkan peranan besar dalam kesemua trofi itu.

Selain daripada krisis prestasi, Hazard turut dilanda masalah kecederaan yang kerap.

Menurut Toni Kross, dia sudah tahu perpindahan Hazard ke Real Madrid akan menjadi sia sia kerana pemain itu bukan datang kerana bola sepak atau lencana di dada. Tetapi kerana wang semata mata.

Kroos menjadikan perpindahan Hazard sebagai satu lagi contoh karier pemain dibunuh oleh pemain itu sendiri kerana wang.

Kroos turut mengkritik Real Madrid sebagai membazir dan buang duit EUR103 juta untuk membeli Eden Hazard.

“Perpindahan €103 juta? Itu wang yang sangat banyak dan secara tak langsung dia [Hazard] telah membunuh kariernya sendiri.”

“Dan kita sekarang ada seorang lagi pemain yang datang kerana wang yang banyak dan membiarkan kariernya mati.”

“Saya rasa semua orang akan berkata perkara yang sama selepas melihat apa yang berlaku,”

“Sekarang ini kita mula berfikiran positif sahaja.”

Beberapa bulan lalu, Kroos pernah menyatakan dia tak pernah ada simpati dengan apa yang menimpa Eden Hazard. Ketika itu Hazard terlepas aksi el clasico kerana ada pemain lagi lebih bagus.

Kerana menurutnya dalam bola sepak, memang tiada istilah belas kasihan atau simpati. Yang ada hanyalah persaingan yang sengit.

“Kerana untuk tahap yang dilalui Hazard sekarang ini, ianya masih tidak layak untuk diberikan simpati. Situasinya tidaklah terlalu teruk.”

Kroos menyokong tindakan Ancelotti yang tidak menurunkan Eden Hazard atas dasar simpati semata mata.

“Kasihan atau simpati, perkataan yang tidak wujud dalam dunia bola sepak,” kata Kroos.

“Sudah tentu ia adalah satu situasi yang sukar, tetapi kasihan atau simpati memang tiada dalam bola sepak,” kata Toni Kroos yang jujur.

Kroos tidak rasa Hazard seorang pemain yang bermasalah dengan gaya hidupnya. Walaupun ada beberapa laporan menyebut Hazard seorang yang terlalu santai dengan gaya hidupnya dan tidak menjaga pemakanan serta berat badannya.

Kroos menambah: “Saya tidak percaya Eden mempunyai kehidupan yang teruk. Anda hanya boleh berasa kasihan kepada orang yang mengalami situasi lebih teruk daripada dia.”

“Ini bukan soal wang, saya tidak kasihan pada sesiapa pun dalam bola sepak.”

“Ia adalah situasi yang sukar, ya. Dan ia sudah lama berlaku. Tetapi pada akhirnya, setiap orang bertanggungjawab sebahagian daripadanya untuk keadaan mereka sendiri.”

“Saya mengenali Eden dengan baik, kami sering bersama. Tetapi saya kasihan kepada orang yang mengalaminya dengan sangat teruk dan Eden bukan salah seorang daripada mereka”, kata Kroos membuat kesimpulan.

Baca yang lain