Lihat Leroy Sane Tak Sengaja Sahkan Havertz Sah Ke Chelsea

Pemain Bayer Leverkusen, Kai Havertz sepertinya sedang dalam perjalanan ke Chelsea.

Ini selepas rakan senegaranya, yang kini berpindah ke Bayern Munich, Leroy Sane secara tak sengaja menyebut Kai Havertz adalah pemain Chelsea.

Kai Havertz telah menjadi salah satu nama terbesar di jendela perpindahan ketika ini.

Dengan Timo Werner sudah bergabung dengan Chelsea dan Jadon Sancho kelihatan mungkin akan bergabung dengan Manchester United, Havertz nampaknya akan ke England juga.

Kai Havertz sebelum ini dikaitkan dengan banyak kelab termasuk Bayern Munich. Namun minggu lalu, BILD melaporkan bahawa pemain itu sudah setuju dengan tawaran Chelsea.

Hanya tinggal Bayer Leverkusen dan Chelsea sahaja yang masih berunding isu harga.

Dalam sidang media pengenalannya sebagai pemain Bayern Munich, Sane mengatakan dalam bahasa Jerman seperti yang diterjemahkan oleh Raphael Honigstein:

Wartawan: “Mengapa pemain bola sepak Jerman kini sangat dikehendaki oleh kelab EPL sekarang, dengan Werner ke Chelsea dan Havertz dikatakan hampir pasti ke sana.”

Jawapannya: “Jerman sentiasa ada pemain yang bagus. Tahun ini, Werner dan Havertz … Saya rasa Chelsea telah memilikinya [dua pemain hebat].”

Pemain berusia 21 tahun itu – Kai Havertz – dilaporkan hanya menunggu persetujuan kelabnya untuk terbang ke England.

Bayaran perpindahan dijangka di sekitar £90 juta dengan £63 juta bayaran muka dan selebihnya adalah bayaran tambahan berdasarkan klausa bonus.

The Blues telah membelanjakan £53 juta untuk Werner dan £37.8 juta untuk Hakim Ziyech tetapi Frank Lampard berminat untuk menjadikan pemain muda berbakat itu sebagai pemain beliau yang seterusnya.

Havertz merupakan bakat yang meningkat naik dalam beberapa musim ini dengan rekod gol dan assist yang memukau.

Beliau penyerang serba boleh yang mampu bermain dalam banyak sistem permainan dan formasi.

Leroy Sane pula sudah pun memulakan beberapa sesi latihan dengan kelab baharunya Bayern Munich selepas berpindah daripada Manchester City.

Sumber: Sportsbible

Baca yang lain