Luqman Hakim Sebaris Haaland, Greenwood, Sancho Dalam Senarai Pencalonan Golden Boy Majalah 433

Majalah bola sepak antarabangsa, 433 telah mengeluarkan senarai 50 pencalonan Golden Boy mereka bagi tahun ini.

Laman Tuttosport kemudian mengadakan undian untuk siapakah Golden Boy 2020 ini.

Apa yang menarik nama Luqman Hakim ada dalam senarai tersebut bersama dengan bintang sensasi Borussia Dortmund – Erling Haaland, Jadon Sanchop dan juga juara La Liga – Vinicius Jr.

Selain itu, bintang Man City, Phil Foden, Mason Greenwood (Man United), Takefusa Kubo (Real Madrid), Ansu Fati (Barcelona), Callum Hudson Odoi (Chelsea),  Rodrygo (Real Madrid), Sandro Tonali (Brescia), Ryan Sessegnon (Spurs), dan ramai lagi.

Berikut adalah nama nama yang disenaraikan oleh 433.

 

Sebelum ini Luqman Hakim pernah disenarai dalam 60 wonderkid bola sepak dunia oleh The Guardian.

Dan kali ini media yang berpangkalan di Belanda pula meletakkan nama Luqman Hakim dalam senarai mereka. Pemain yang akan meneruskan karier dengan Kortijk, jika tiada aral melintang.

Rata rata peminat bola sepak negara sangat gembira dengan pengiktirafan itu. Sebaris dengan nama seperti Mason Greenwood dan Bukayo Saka yang musim ini menjadi nadi penting Man United dan Arsenal, antara bukti bakat dari Malaysia itu mendapat perhatian luar.

Selain itu pemain seperti Erling Haaland dan Sancho antara nama yang miliki tag harga sangat tinggi. Sancho diletakkan tanda harga sekitar EUR100 juta.

Takefusa Kubo musim ini cemerlang ketika tempoh pinjamannya. Sandro Tonali menjadi buruan hampir kesemua kelab di Itali kerana digelar sebagai The Next Pirlo.

Phil Foden pula bangkit sebagai bakat yang sensasi dan bakal mengisi kekosongan yang akan ditinggalkan David Silva.

https://twitter.com/syrndrom/status/1284305144352407552

Luqman Hakim adalah bakat yang mendapat perhatian selepas aksi cemerlang bersama skuad remaja dan kemudian menempatkan diri dalam pasukan B-23 untuk Sukan Sea.

Beliau memiliki gaya permainan yang menarik dan tajam. Pemain yang dibangungkan menerusi program NFDP / AMD itu telah menjadi nama yang dianggap prospek di Asia Tenggara.

Luqman Hakim turut menjadi buruan banyak pasukan di Liga Malaysia. Namun beliau memutuskan untuk ke Eropah.

Walaubagaimanapun covid yang melanda merencatkan perancangan untuk menghantar pemain itu lebih awal ke Cardif seperti yang dirancang.

Beliau kemudian tidak hanya berpeluk tubuh di rumah. Sebaliknya menyertai Selangor FC 2 untuk latihan kecergasan.

Diharap karier Luqman terus lancar dan membangun sebagai johan.

Dan korang boleh undi nama Luqman Hakim dalam pautan ini – di web Tuttosport –

Undian Golden Boy 2020

Baca yang lain