Mo Salah Sindir Pihak Yang Tuduh Dia Mengelak Tugasan Kebangsaan

Mohamed Salah telah memuat naik satu status di Twitter atau X menjawab tuduhan segelintir pihak bahawa dia pemain yang lebih mengutamakan kelab berbanding negara.

Baru baru ini, Mohamed Salah disahkan telah mengalami kecederaan. Dan pemain itu dipanggil pulang oleh Liverpool untuk melakukan sesi rawatan di kelab itu.

Ramai peminat bola sepak Mesir menuduh Salah sebagai seorang yang tidak bersungguh sungguh dalam tugasan untuk negaranya.

Kenapa dia harus pulang awal ketika kejohanan Piala AFCON masih berlangsung?

Jurgen Klopp kemudian tampil dengan penjelasan bahawa, Mohamed Salah pulang ke Liverpool kerana kelab itu yakin mereka menawarkan pilihan lebih baik untuk merawat pemain itu agar kembali pulih secepat mungkin.

Klopp turut mendedahkan bahawa keputusan itu adalah hasil perbincangan Liverpool dan FA Mesir. Di mana doktor di Mesir sendiri setuju bahawa Mo Salah patut kembali ke Liverpool untuk memulakan rawatan.

Klopp berkata: “Jika ada orang yang benar benar mempersoalkan kesetian Mo Salah kepada negaranya, saya rasa dia patut tanya diri sendiri, sama ada dia betul betul setia.

“Mo Salah adalah orang Mesir yang paling setia yang saya pernah jumpa dalam hidup saya.

“Kepulangan dia ke sini adalah sebahagian daripada kata sepakat antara kami. Di mana adalah lebih baik dia menjalani rawatan di sini, dan itulah yang kami sedang lakukan sekarang ini.

“Kami ada musim yang masih panjang untuk ditempuhi dan kami mahu dia cergas. Jika dia dapat cergas lebih awal, dan jika Mesir masih berada dalam pertandingan Piala AFCON dia akan kembali menyertai kem pasukan mereka,” tegas Klopp lagi.

Ejen kepada Mo Salah, Ramy Abas beberapa hari lalu memberikan bayangan bahawa kecederaan Salah ini agak teruk dan membuatkan dia berehat sehingga 10 minggu.

Klopp menyatakan bahawa Liverpool sedia membantu Mo Salah untuk cergas dengan secepat mungkin bagi membolehkan dia kembali semula bermain di Piala AFCON. Dijangka Salah boleh sembuh dan kembali bermain untuk Mesir jika negara itu mara ke final.

Liverpool berjanji akan membenarkan Salah terlibat dalam aksi final itu.

Mo Salah sebenarnya cuba melakukan apa sahaja untuk negaranya agar dia segera kembali. Dalam tulisannya di twitter pemain itu berkata:

“Semalam lagi saya dah memulakan rawatan dan program rehab. Dan saya akan melakukan apa sahaja yang termampu agar saya boleh tersedia untuk bermain secepat mungkin dan akan kembali semula ke pasukan kebangsaan, sebagaimana yang kami persetujui awalnya.

“Saya sayangkan Mesir dan rakyatnya…. cuba lebih kuat lagi,” sindir Salah kepada pihak yang cuba mengapi apikan keadaan kononnya dia tidak patriotik.

Peminat kemudian gembira dengan penjelasan Mo Salah. Kerana menurut mereka ada sesetengah perkara pemain harus memberikan respon kepadanya.

Ada juga yang menghargai Mo Salah sebagai pemain yang cuba sedaya upaya untuk kembali cergas secepat mungkin demi negaranya.

Ketika ada pihak mempersoalkan kenapa ketika Euro atau Piala Dunia, pemain terus kekal sahaja di dalam kem mereka.

Seorang peminat menjelaskan, situasi Piala Dunia dan Euro sangat berbeza, kerana kejohanan itu berlaku pada rehat musim. Sebaliknya AFCON di pertengahan musim.

Selain itu seorang peminat Mesir setuju agar Salah menjalani rawatan di Liverpool. Kerana doktor di Mesir sendiri menganggap fasiliti dan kelengkapan di Liverpool jauh lebih baik.

Mohamed Salah merupakan salah seorang pemain elit dalam bola sepak pada hari ini. Dia sekali lagi menikmati musim yang baik secara individu di Liverpool.

 

Baca yang lain