Mourinho Dengan Kontroversi Persoal Spurs Pecat Nuno Yang Lagi Bagus Dari Conte

Bekas pengurus Tottenham dan Chelsea, Jose Mourinho telah membuat kenyataan kontroversi dengan mendakwa bahawa Nuno Espirito Santo adalah jurulatih yang lebih baik daripada Antonio Conte, susulan pertukara pengurus di kelab utara London itu.

Kekalahan 3-0 kepada Manchester United pada petang Sabtu terbukti menjadi hari terakhir untuk Nuno, apabila Spurs menukar pengurus asa Portugal dan membawa masuk Conte selepas dia meninggalkan Inter Milan pada musim panas.

Conte ketika itu hangat dikaitkan dengan jawatan di Old Trafford dan masih berada dalam senarai menunggu jika Ole dipecat. Di mana Ole diberikan 3 perlawanan bermula dengan aksi Spurs, Atalanta dan kemudian Man City.

Namun Spurs bertindak pantas dengan menyambar Conte. Pengurus Itali itu terus diumumkan serta merta sebaik sahaja memeterai syarat di London.

Conte akan mengendalikan Spurs sehingga 2023 dengan opsyen lanjutan kontrak.

Ia adalah kali kedua, Spurs pada era  Fabio Paratici sebagai pengarah sukan kelab. Daniel Levy dikatakan bengang dengan prestasi Nuno yang membuatkan Spurs hilang DNA serta bermain membosankan.

Laporan di England menyebut, Levy dan Paratici menyatakan mereka bukan pihak yang gemar dengan perlantikan Nuno. Namun akur dengan pilihan suara ramai di BOD kelab.

Perlawanan pertama Conte adalah menentang Vitesse Arnhem,  itupun jika permit kerja beliau selesai sebelum perlawanan.

Jika tidak, beliau akan menunggu aksi berdepan Everton sebagai aksi pertamanya.

Ramai yang menganggap perlantikan Conte sebagai upgrade untuk Spurs. Namun tidak di mata seorang jurulatih dari Portugal iaitu Jose Mourinh0.

Pengurus Roma itu bercakap mengenai pelantikan itu dan lebih gemar untuk untuk menyokong rakan senegaranya, Santo.

“Antonio Conte adalah jurulatih yang baik tetapi Nuno Espírito Santo adalah jurulatih yang hebat,” katanya menggambarkan bahawa Nuno adalah lebih baik.

“Nuno melakukan tugas luar biasa 4 atau 5 musim di Wolves, bukan setahun atau beberapa bulan sahaja. Tottenham ada pengurus yang sangat bagus sekarang. Namun sebenarnya mereka sudah memiliki pengurus yang baik dengan Nuno.”

Ramai yang menganggap Mourinho masih bencikan Antonio Conte selepas perseteruan mereka di EPL dahulu.

Di mana ketika itu Conte dan Mourinho seringkali berbalah. Ada satu ketika Conte memanggil Mourinho sebagai seorang lelaki kecil kerana suka memberikan komen yang bukan bukan.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.