Neville Tembak Lingard: “Kamu Fikir Kamu Lebih Layak Daripada Bryan Robson & Steve Bruce?”

Gary Neville mengkritik tanpa belas bintang Manchester United, Jesse Lingard kerana mengharapkan majlis perpisahan yang besar daripada kelab itu ketika dia hampir tamat kontraknya.

Perkara itu turut diluahkan oleh abang Lingard menerusi IG dia dengan nada sindiran dan mengutuk Manchester United sebagai kelab yang teruk.

United menamatkan kempen musim ini dengan kehilangan tempat dalam Liga Juara Juara Eropah musim hadapan.

Neville telah mengakui bahawa dia merasakan rombakan besar diperlukan, sambil turut menyindir respon Lingard yang tidak diberikan majlis selamat tinggal di Old Trafford dalam perlawanan terakhir United di laman sendiri musim ini minggu lalu.

“Benda mengarut minggu ini adalah berita mengenai Jesse Lingard,” kata Neville dalam podcast.

“Jesse sudah lama berada di kelab, dia melakukan kerja yang baik untuk kelab ini. Tetapi saya juga tidak melihat Bryan Robson dan Steve Bruce bermain dalam perlawanan terakhir mereka [di Old Trafford] untuk kelab dan tidak mendapat kad merah pada perlawanan akhir pertandingan piala.”

“Salah seorang daripada mereka mungkin adalah kapten terhebat yang pernah dimiliki Manchester United, dan seorang lagi pula adalah salah seorang kapten terhebat yang pernah dimiliki Manchester United – dan mereka tidak mendapat selamat tinggal yang mereka inginkan, perpisahan dengan peminat [di Old Trafford]. Saya tidak pasti mengapa Jesse Lingard layak mendapatnya?”

“Rumusannya, kadang-kadang ia tidak seperti yang kita mahukan Jesse! Idea ini timbul apabila mereka merasakan mereka mempunyai hak yang diberikan Tuhan untuk mendapatkan beberapa minit padang, cara mereka bermain, semuanya.”

Neville juga sangat kecewa dengan tindakan abang Lingard yang memberikan komen seolah olah adiknya ialah Ryan Giggs atau Paul Scholes.

Dalam catatannya di Instagram Story, abang Lingard mengkritik keputusan United untuk tidak memberikan ucapan selamat tinggal kepada Jesse Lingard.

“20 tahun keringat dan air mata, 4 trofi domestik, 3 gol final pertandingan piala, malah tak ada langsung [majlis perpisahan]. Tidak hairanlah mereka akan bermain dalam Liga Persidangan [UEFA Conference League] tahun depan.”

“Menyerang pemain kerana keraian, ketika kelab dijual kepada liga super adalah ok. Kelas 92, Busby Babes, anda dikendalikan oleh orang yang tidak tahu peraturan ofsaid. Tanpa kelas dan peminat perlu sedar tentang itu. Selamat malam,Tuhan merahmati!”

“Berada di sana sejak umur sembilan tahun dan tidak mendapat hadiah perpisahan pun!!! Syabas dik, keluarga kamu bangga.” sindiran abang Lingard.

Respon Rangnick

Dalam sidang media sebelum perlawanan menentang Brighton sebelum ini, Rangnick diminta mengulas mengenai insiden Lingard. Beliau menegaskan bahawa beliau telah membuat keputusan terbaik ketika ini.

Sebenarnya Lingard sudah mulai mendapat tempat dalam skuad utama. Namun Rangnick terpaksa menyisihkan pemain itu atas permintaan Lingard sendiri atas alasan masalah keluarga.

Jadi, celah bedah mana Rangnick sengaja mahu bersikap biadab dengan Lingard seperti didakwa abangnya. Kerana situasi jelas sebaliknya yang berlaku.

Lingard menyatakan dia ada masalah keluarga, jadi, kenapa abang dia boleh tak tahu? Adakah dia tidak berada dalam group WhastApp keluarga mereka?

Oleh kerana Lingard tidak dapat berlatih, maka Rangnick tidak dapat menurunkan pemain yang tidak terlibat dengan latihan.

Rangnick berkata: “Pertama sekali, dalam beberapa minggu kebelakangan ini, dia [Lingard] telah bermain lebih banyak daripada yang dia dapat sebelum ini.”

“Kedua, dalam perlawanan menentang Chelsea, dia meminta saya untuk tidak menurunkannya dalam perlawanan itu dan dalam latihan keesokan harinya kerana masalah keluarga.”

Rangnick berkata di bangku simpanan terdapat beberapa pemain yang layak tampil lebih daripada Lingard yang tidak berlatih menjelang perlawanan itu. Jadi dia memutuskan untuk tidak memberi pemain itu peluang untuk bermain.

“Dalam perlawanan sebelum ini, saya hanya mempunyai tiga pemain gantian dan saya terpaksa memilih antara Edinson Cavani, Jesse Lingard atau Alejandro Garnacho, di mana saya mahu memberikannya peluang untuk bermain?”

“Ketika itu saya membuat keputusan untuk memasuki Cavani. Selepas melakukan dua pertukaran, saya terpaksa mengambil keputusan yang teliti dan keputusan seperti ini tidak dapat memuaskan hati semua orang dan itu adalah risiko tugas saya,” katanya.

Lingard sendiri dilaporkan berang kerana tidak diberi peluang beraksi dalam perlawanan terakhirnya di Old Trafford. Untuk itu dia telah membuat keputusan untuk meninggalkan Manchester United sebagai ejen bebas.

Neville akhirnya mengalihkan perhatiannya kepada nasib Man United ketika ini dengan menggelarkan prestasi kelab baru-baru ini sebagai “memalukan secara mutlak”.

Bekas pemain antarabangsa England itu mendakwa: “Ia adalah memalukan selama beberapa bulan. Maksud saya, mereka masih tidak begitu banyak mata daripada tempat keempat dan saya berkata beberapa bulan lalu di podcast ini, apa yang saya rasa tentang Manchester United, jika mereka menunjukkan aksi mereka secara berpasukan, mereka boleh berada di 4 teratas.”

“Apakah rekod mereka sekarang? Mereka hanya menang tiga dalam 13 perlawanan? Itu memalukan secara mutlak. Ia benar-benar memalukan, pemain di bilik persalinan United.”

Baca yang lain