Pegawai Sukan Vietnam: “Padang Vietnam vs Malaysia Teruk Kerana Kami Terlupa Merawatnya”

Nampaknya isu kualiti padang di stadium My Dinh menerima kritikan hebat daripada peminat sukan di negara itu sendiri.

Mereka menuduh persatuan yang bertanggungjawab sebagai korup dan bertanya di mana dana untuk renovasi dan penjagaan padang?

Kritikan itu turut menarik perhatian Pengarah Persatuan Olahraga Vietnam, Dang Ha Viet. Dan dia sendiri mengkritik keadaan padang namun pada masa yang sama dia ada alasan tersendiri.

Dia sendiri telah menzahirkan rasa kecewanya dengan stadium kebangsaan negara Vietnam itu dan menganggap ianya tidak layak menganjurkan pertandingan serantau seperti Piala AFF.

Malaysia akan berkunjung ke Vietnam dalam aksi peringkat kumpulan yang seterusnya. Ianya dianggap pertemuan penting yang boleh menentukan nasib kedua dua pasukan selaku antara dua pasukan pilihan.

Da Hang Viet kemudian memberikan alasan kenapa padang rumput stadium tersebut dalam keadaan teruk. Menurutnya bukan kerana tiada dana namun kerana pihak mereka terlupa merawatnya.

Jadi dia telah menafikan bahawa kerajaan tidak memberikan dana peruntukan untuk menjaga padang atau duit itu disonglap.

Dia berkata: “Permukaan padang teruk seperti ini kerana kami lupa merawatnya, bukannya kerana kekurangan dana,” tambah beliau.

Da Hang Viet turut menegaskan bahawa faktor cuaca hujan sejak akhir akhir ini memberikan kesan kepada tahap kesegaran rumput di padang My Dinh.

Dia menambah lagi: “Kekurangan cahaya matahari beberapa minggu ini membuatkan rumput tidak mendapat cahaya matahari sebaiknya.”

Penyelenggaraan dan penyelenggaraan sejak sebulan lalu telah dijalankan secara berkala, namun disebabkan cuaca ekstrem di Hanoi, cahaya matahari yang sedikit menyebabkan permukaan rumput tidak sehijau yang diharapkan,” jelasnya.

“Ini sangat malang. Padang kami terjejas oleh cuaca, tidak seperti gelanggang yang diselenggara dengan baik seperti di Eropah,” tambahnya.

Stadium berkapasiti 40,000 penonton itu sebelum ini turut menarik perhatian ramai ketika perlawanan persahabatan pasukan kebangsaan Vietnam menentang Borussia Dortmund.

Perlawanan tersebut diwarnai dengan insiden tiang gol tercabut yang membuatkan perlawanan dihentikan seketika. Mereka memberikan jaminan bahawa insiden itu tak akan berulang.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.