Pemain Beragama Kristian Ini Tak Nak Pakai Simbol L G B T, Minta Mereka Hormati Prinsip Agama Lain

Pada 2018, Bundesliga ingin menunjukkan sokongan mereka kepada L G B T (lesbian, gay, biseksual, dan transgender).

Sebelum itu, EPL mengadakan 1 hari khas untuk semua kapten memakai lilitan kapten dan tali kasut pelangi.

Badan liga Jerman telah meminta para pemain menunjukkan sokongan mereka kepada L G B T.

Namun bukan semua orang yang setuju dengan cadangan itu. Lebih-lebih lagi mereka yang kuat agama, termasuk yang beragama Islam dan Kristian.

Di Jerman, pemain B-20 Wolfsburg, Josip Brekalo antara yang enggan menggunakan simbol yang menyokong L G B T itu.

Pengarah Sukan Wolfsburg, Jörg Schmadtke menyatakan yang Wolfsburg sentiasa kekal dengan toleransi untuk semua dan tidak menyokong diskriminasi.

Wolfsburg menyahut seruan Bundesliga dan mengarahkan kesemua kapten pasukan mereka daripada semua peringkat wajib menggunakan lilitan lengan bercorak pelangi itu.

Pandangan itu jelas ditentang oleh Brekalo yang tidak setuju dengan idea yang mewajibkan pemain memakai simbol rainbow itu.

Sebaliknya, Brekalo secara terbuka menyatakan ada perkara yang beliau tidak boleh promosikan sebagai seorang Kristian.

Menurut pemain muda ini, beliau tiada masalah untuk bergaul dan menghormati puak L G B T tetapi pada masa yang sama, beliau meminta puak L G B T turut menghormati beliau sebagai seorang Kristian.

Jika selama ini aktivis L G B T selalu memperjuangkan kebebasan memilih dan bersuara, maka Brekalo mahukan hak yang sama diberikan kepada beliau dan yang lain.

Hak kami pun berhak dihormati – Brekalo

Beliau menegaskan, dia mahukan haknya. Di mana berhak menjalankan kehidupan beliau dengan cara beliau sebagai seorang Kristian.

“Saya nak menyatakan yang saya tidak boleh menyokong usaha ini kerana ia bertentangan dengan ajaran dalam kepercayaan saya seorang Kristian.”

“Saya seorang yang dibesarkan dengan panduan agama yang kuat oleh keluarga saya.”

“Saya tiada masalah untuk bergaul, berkawan dan menghormati mereka yang berlainan gaya hidup. Sebab itu hidup mereka, urusan peribadi mereka.”

“Semua orang ada hak untuk berpegang kepada apa yang mereka percaya.”

“Namun saya tak mahu mengangkat untuk 1 simbol khas bagi mewakili kepercayaan orang yang bertentangan dengan kepercayaan (agama) saya.”

Brekali dibelasah media dan warganet

Pemain muda dari Croatia, Brekalo antara bakat yang diberikan perhatian ramai di Jerman.

Dan tindakannya itu mendapat kecaman daripada ramai pihak yang menuduhnya hom*fobia.

Brekalo dihentam teruk dan dia dianggap sebagai ada masalah oleh mereka yang tidak berpuas hati dengannya.

Let All Play sokong Brekalo

Sebuah laman peminat yang memperjuangkan kempen tiada politik dalam bola sepak iaitu Let All Play menyokong tindakan Brekalo.

Pada 2019, seorang lagi pemain iaitu Jaelene Hinkle menolak untuk memakai simbol pelangi pada persalinan mereka.

Let All Play menganggap bola sepak hari ini terlalu banyak campur tangan politik.

Let All Play mendesak EPL – yang menjadi pencetus kepada pesta pelangi ini dalam bola sepak untuk mengakhiri – apa yang mereka gelar sebagai paksaan – kepada pemain beragama Islam, Kristian malah Yahudi sekalipun untuk memakai rainbow laces.

Menurut laman itu lagi, sesiapa sahaja manusia yang ada agama, mereka berhak untuk tidak memakai simbol yang bertentangan dengan ajaran agama mereka.

Perkara yang sama juga terpakai kepada mereka yang atheis, tiada siapa boleh memaksa mereka memakai mana mana simbol yang mereka tak percaya.

FIFA dan UEFA perkasakan Rainbow laces

Namun kempen ini tidak mendapat sokongan daripada media di Eropah. Ini selepas FIFA dan UEFA sendiri tampil memperkasakan lagi kempen pelangi ini.

Terbaru, Qatar mengesahkan mereka membenarkan bendera L G B T dikibarkan di stadium Piala Dunia mereka sesuai dengan pendirian FIFA ke atas hak L G B T.

CEO Piala Dunia Qatar, Nasser Al-Khater, menyatakan  Qatar akan mengambil langkah bertoleransi agar mereka menepati piawaian FIFA dalam penganjuran Piala Dunia itu nanti, meskipun sedar bahawa negara negara Arab sangat menentang L G B T.

Nasser berkata:

“Apabila tiba kepada isu bendera pelangi di dalam stadium, FIFA ada garis panduan tersendiri, mereka ada peraturan dan regulasi,” tegas Nasser.

“Apa sahaja yang mungkin akan mereka lakukan, kami akan menghormatinya.”

“Kami negara yang konservatif, namun, pada masa yang sama, kami negara yang ramah dan mengalukan tetamu.”

“Kami sangat terbuka dan mengalu alukan tetamu tinggal di sini. Kami faham perbezaan budaya oleh manusia. Kami faham perbezaan kepercayaan manusia, dan saya rasa, sekali lagi saya tegaskan, semua orang dialu alukan datang ke negara kami dan semua orang akan dilayan dengan hormat.”

“Sama juga maca budaya kita, kita juga berharap orang lain menghormati budaya kita. Saya rasa ada kesimbangan di situ dan ada perasaan hormat daripada semua orang di seluruh dunia.”

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.